Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

::Teater Muzikal Tun Mahathir 2::

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya yakin pasti anda yang meminati aktiviti seni seperti teater pasti pernah mendengar atau terbaca artikel sama ada di akhbar mahupun dimana-mana mengenai pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2. Saya memang meminati dan dari dulu teringin ingin melihat sendiri teater di Istana Budaya.

Akhirnya, pada hari isnin lepas, saya bersama rakan-rakan sekelas yang lain berpeluang untuk menjejakkan kaki ke istana budaya dan menonton pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir 2. Walapun hujan yang turun agak lebat pada mulanya, tidak mematahkan semangat kami pada hari tersebut untuk menontonnya.


Setelah hampir 2 jam saya menyaksikan teater muzikal tersebut, apa yang dapat saya katakan ialah ; Memang Best. Tidak rugi kepada sesiapa yang ingin menontonnya. Dengan alunan lagu yang sungguh merdu yang bergema di dalam dewan tersebut, disamping lakonan para pelakon yang memang mantap pada pandangan saya, terasa ingin sekali menontonnya lagi. 

Pada saya, lakukan Esma Daniel ketika Tun Mahathir sudah dewasa memang sangat serupa. Dari segi mimik muka, langkah kaki, dan bahasa badan, memang saling tak tumpah dengan Tun Mahathir. Keseluruhan pementasan tersebut memang baik dan boleh diberi 5 bintang kepada teater tersebut. Jika masih ada yang berminat untuk melihatnya, masih ada masa. Teater tersebut akan terus dilakonkan sehingga 30 Januari 2011. Jangan lepaskan peluang jika berkesempatan =)




2 comments:

Unknown said...

bestnyer dah tengok...

bila la me berkesempatan nk p tengok gak teather nih..huhu

Unknown said...

mmg best....

klau bkesempatan g ar tgk...mmg x rugi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...