Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...
Entah mengapa hari ini tiba-tiba terasa rindu kepada perasaan itu, perasaan ketika tangan itu melekap pada stereng kereta, kaki itu menekan pedal minyak dan melepaskan perlahan-lahan pedal clutch itu.
Bukan tidak pernah memandu kereta, bukan baru sahaja mendapat lesen memandu, tetapi entah mengapa perasaan ketika memandu kereta My LuVly LuV berbeza benar rasanya. Mungkin pada mulanya saya agak takut dan lebih berhati-hati ketika memandu memandangkan ia merupakan kereta kesayangan My LuvLy LuV, tetapi apabila sudah memandu bagai naik seronok pula. Bak kata My LuvLy Luv ' Senyum tak lekang dari bibir sejak mula memandu'
Kalau dulu, ketika hanya duduk di tempat penumpang di sebelah, saya asyik membebel dengan bunyi kuat yang keluar dari ekzos kereta tetapi bila saya sendiri yang memandunya, terasa seronok pula apabila mendengar bunyi tersebut setiap kali pedal minyak di tekan. Mungkin ini perasaan My LUvLy LuV setiap kali memandunya.
Bukan senang untuk saya memujuk My LuVly LuV untuk membenarkan saya memandu kereta kesayangannya, ialah sudah nama kereta kesayangan. Pernah suatu ketika dulu saya meminta untuk memandu keretanya, adakah patut My LuvLy Luv suruh saya belajar memandu keretanya di kawasan Stadium Shah Alam sahaja. Terasa ingin ketawa pun ada juga bila mengingatnya.
Mungkin ketika itu, My luVly luv belum percaya sepenuhnya yang saya mampu dan boleh memandu keretanya lebih cermat daripada saya memandu kereta saya. Tetapi yang penting, akhirnya saya telah dapat memandu kereta kesayangan My luvLy LuV itu. Agak-agak lepas ini boleh lagi tak saya memandu kereta My luVLy Luv ya?
Baiklah sampai di sini sahaja, pada entri akan datang saya akan berkongsi pengalaman saya dengan kereta lagi. Apa yang pasti, anda akan tergelak membacanya. Nantikan ya.
Pandulah dengan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang.
2 comments:
Salam, hmmm sonok ke bawak keta. Akak jadi penumpang jer...
salam...seronok...lagi2 kalau bawak kereta My LuvLy Luv..hehe
Post a Comment