Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

::RM29.70::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Malam ini, saya masih keliru dan masih tertanya-tanya. ini semua gara-gara kejadian tengahari tadi. Di mana silapnya saya sendiri tiada jawapan untuk persoalan itu. 

::Rasa ItU ~ VrOoom::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entah mengapa hari ini tiba-tiba terasa rindu kepada perasaan itu, perasaan ketika tangan itu melekap pada stereng kereta, kaki itu menekan pedal minyak dan melepaskan perlahan-lahan pedal clutch itu. 

Wednesday, January 26, 2011

::Teater Muzikal Tun Mahathir 2::

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya yakin pasti anda yang meminati aktiviti seni seperti teater pasti pernah mendengar atau terbaca artikel sama ada di akhbar mahupun dimana-mana mengenai pementasan teater muzikal Tun Mahathir 2. Saya memang meminati dan dari dulu teringin ingin melihat sendiri teater di Istana Budaya.

Akhirnya, pada hari isnin lepas, saya bersama rakan-rakan sekelas yang lain berpeluang untuk menjejakkan kaki ke istana budaya dan menonton pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir 2. Walapun hujan yang turun agak lebat pada mulanya, tidak mematahkan semangat kami pada hari tersebut untuk menontonnya.

Tuesday, January 25, 2011

::CinTa Kita::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Agak lama juga saya tidak 'post' entri baru. Hari ini semasa sedang jalan-jalan melayan lagu-lagu di You Tube tiba-tiba terjumpa lagu di atas. Saya terus jatuh cinta dengan rentak dan lirik lagu ini. Mungkin ada yang pernah mendengarnya, tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan sesiapa yang sudi mendengarnya.

Teuku Wisnu feat Shireen Sungkar ~ CinTa Kita ~

Inilah aku apa adanya

Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya

Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang

Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi

Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga

Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang

Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi

Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga

Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Lagu ini saya tujukan khas untuk My LuvLy LuV. Semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat walau apa pun badai yang melanda. 
Bak kata My LuvLy Luv
 ~kadang-kadang langit tak sentiasa cerah, kadang-kadang hujan turun tanpa kita duga..tetapi lepas hujan turun, bunga-bunga akan mekar disirami hujan.~  Saya Sayang Kamu, My LuvLy Luv.

Tuesday, January 11, 2011

::IkhLas kAH? ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

IKHLAS... sejauh manakah keikhlasan seseorang itu boleh di ukur. Adakah alat pengukur untuk menilai tahap keikhlasan itu? Boleh kah ia di ukur?

Monday, January 10, 2011

:: Coklat + Saya Suke::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Ahad = 9/1/2011, saya gembira dan seronok sekali, kerana dapat bertemu dengan My LuvLy Luv. Pertemuan yang di atur sekadar bersarapan di sekitar Stadium Shah Alam bersama keluarga My LuvLy Luv bertukar kepada 'dating' selepas itu. Kebetulan di Mid Valley diadakan 'Malaysia 4th Chocolate Fair 2011, lagilah panjang langkah kami berjalan.

Ketika sampai di kawasan tersebut memang ramai pengunjung yang baru tiba. Kemudian kami membuat la beberapa kali tawaf di sekitar pameran tersebut. Semua coklat yang berada di situ begitu menggoda hati ini untuk membelinya. 

Sunday, January 9, 2011

::STYLE UR HIJAB::

Assalamualaikun dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Kali ini saya ingin menyertai pertandingan yang di tag oleh Cik Syakirah dan Cik Ude. Pertandingan ini di anjurkan oleh woot-woot.


Ini merupakan syarat penting nak join!!

1)  gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan..hee) p/s TUDUNG BAWAL PON BOLEY ..wuwu

2)make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer !  )


3)bile ana cakap tutup aurat means takde nampak rambut,takde nampak lengan,takder sendat2 sangat yer !

4)kalau ade gambar yang tak tepati syariat ,gua tak reject awal2,tapi gua nasihat dulu..(kalau ade jugak markah kureng sket la yer ? )

selepas dua syarat di atas dipenuhi,buat ini :

1) satu entry bertajuk SAYA SUKE BERHIJAB or STYLE UR HIJAB ,masokkan gambar di atas dalam entry anda,pastu linkkan gambar itu ke post ini yer ..letak sekali syarat-syarat contest ni yer ^^

2)letak banner(gambar ) yang kat atas tu di sidebar belog anda..hohoo ( nak resize banner pon boley )

3)yang paling penting mestila korang kene letak gambar korang bertudung/berhijab/ber-shawl/berpurdah tu kat dalam entri korang tu ^^

5) sila tag kawan-kawan korang..3 orang pon jadila..hee (make sure kawan korang taw yer )

6)dah siap tu submit la post korang kat COMMENT box gua okei :)

7)tarikh tutup pertandingan adalah 11 january 2011


8)ouh,kalau gambar berdua,bertiga bersepuluh pon takpe asalkan gambar korang kene ade ! ^^

9)kalau baik hati alang alang da join contest tu ,tekan la butang follower tu.tehee,( tiada paksaan )

HADIAH LUMAYAN ! (rm 100 ! lagi banyak penyertaan lagi lumayan ! )

*******************************************
Ini gambar yang saya pertaruhkan:

Friday, January 7, 2011

"candid itu cun laa..!"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Kali ini saya hendak join contest lagi yang telah di tag oleh Areteacar. Jika ada sesiapa yang ingin menyertainya masih ada masa. Tarikh tutup penyertaan 10 Januari 2011. Untuk melihat syarat-syaratnya bolehlah klik kat gambar di atas ye. 

Gambar yang saya pertaruhkan ialah :

(",)

::Jom Cuba::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Setiap insan pasti inginkan badan yang sihat dan cantik tidak kira luaran mahupun dalam. Kadangkala demi mengejar ini semua ada yang sanggup berdiet sehingga menyakiti badan sendiri tanpa disedari. Ada juga yang sanggup berhabis duit.

Disini saya ingin kongsi sedikit cara saya berdiet, mungkin boleh membantu sesiapa yang juga berusaha untuk hidup secara sihat. Diet ini dipanggil ‘Low Carbo Diet’.

Thursday, January 6, 2011

::AwarD::


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini saya ingin menjawab sedikit soalan setelah menerima award yang di tag oleh Syakirah

Apa nama kamu punya blog?:
Amariss Gurl’z

::Lucky Draw; Sukasuki2::


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tadi mase jalan-jalan di blog kawan-kawan ternampaklah Lucky Draw yang dibuat Sukasuki2. Kalau sesiapa yang ingin mencuba nasib bolehlah ke link ini

Tarikh tutupnya sehingga 11/01/11, sesiapa yang ingin menyertai masih ada masa. Jom..jom..

::penCuri HatiKu::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini saya hanya ingin berbicara tentang pencuri hati saya ini iaitu My Luvly Luv. Kenapa saya ingin berbicara mengenai My LuvLy Luv kerana dia sangat rajin mengelap motor kesayangan saya ini. Sebenarnya saya yang meminta pertolongannya. Tetapi bak kata orang kerana cinta bukan hanya mengelap motor, tetapi satu motor sayang basuhkan..hehehe

Tuesday, January 4, 2011

::TeruS BerJuang::



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Setelah hampir sebulan menternak badan yang semakin lama semakin kembang di rumah, nampaknya saya perlu kembali menjalankan tugas sebagai seorang pelajar lagi. 

Saya perlu meneruskan perjuangan sebagai pelajar semester akhir, yang mungkin agak santai jika dilihat pada jadual waktu tetapi memerlukan usaha lebih demi menyempurnakan 'tesis'. 

 Sempena bahang tahun baru dan azam baru yang masih terasa, rajin-rajinkan lah diri anda, kerana semuanya terletak kepada diri sendiri. Masa sentiasa bergerak dan ia tidak akan pernah berhenti untuk menunggu kita, oleh itu jangan membuang masa. =) 

Monday, January 3, 2011

:: 2011::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Walaupun agak terlewat, namun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Pada permulaan tahun ini, mulakan lah tahun anda dengan azam yang baru yang lebih segar untuk memotivasikan diri.

Mungkin ada azam dari tahun lepas yang dibawa tahun 2011.Tidak kisah lah dengan semua itu, yang penting ialah diri sendiri kerana semuanya terletak di bahu anda. 

Oleh itu, mulakan tahun ini dengan lebih bermotivasi, semoga apa yang diimpikan tercapai. Senyum-senyum selalu. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...