Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

:::KeluArgaKu SyurgaKu:::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Setiap insan pastinya menginginkan keluarga yang bahagia dan sempurna sebagai penyokong serta tempat menumpahkan kasih dan sayang yang ada dengan insan yang tersayang. Saya merindui keluarga saya walaupun setiap minggu pulang untuk berjumpa mereka. Mereka merupakan penyokong saya yang paling rapat dengan saya.

Sejauh mana pun saya pergi, mereka akan tetap saya ingati. Kadangkala kita apabila sedang runsing akan pergi ke suatu tempat yang sunyi atau yang damai untuk mencari sedikit ketenangan. Tetapi bagi saya, saya akan pulang kepangkuan keluarga apabila mengahadapi masalah, walaupun mereka mungkin tidak sedar yang saya sedang runsing tetapi cukuplah bagi mendengar gurau senda antara kami. Gelak tawa itu, sudah cukup membuatkan hati ini gembira.

Kenapa saya tiba-tiba bercerita mengenai keluarga ya? Sebenarnya tadi semasa menikmati makan malam bersama Cik A dan Cik H, kami ada bercerita mengenai keluarga kami. ia serba sedikit mengingatkan saya kepada hubungan kekeluargaan kami. Saya teringat bagaimana saya dengan keluarga tidak begitu rapat kerana belajar di sekolah berasrama penuh. Namun ia berubah apabila saya belajar di sekolah biasa. Saya takut hubungan itu akan semakin renggang. Kini alhamdulillah, semuanya berubah, mereka adalah segala-galanya buat saya, kerana saya tahu walaupun seluruh dunia meninggalkan serta membenci saya tetapi keluarga akan sentiasa berada di sisi.

Saya tahu setiap daripada kita pasti sangat menyayangi setiap ahli keluarga kita. Hargailah dan tunjukkanlah kasih sayang yang kita ada untuk mereka selagi mereka masih dekat dan berada bersama kita.
::Keluarga Bahagia - Saujana::
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati Seharum semerbak kasturi Mengharumi hidup insani Indahnya damainya Keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan syaang Ketika insan lain berbahagia Bersama keluarga Namun kita masih meniti Titian rapuh perhubungan Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya Mungkinkah kita seringkali melupakanNya Ayuhlah bina semula Keluarga diredhai Allah Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan Dan luahan hatiku yang dahaga kasih Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu Marilah kita bina bersama-sama Keluarga bahagia Ayah ibu Luangkanlah sedikit masa bersamaku Ku rindukan kemesraan Dan belaianmu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...