Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 22, 2010

: Ia Semakin Hampir::



Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Oh... Hari peperiksaan semakin dekat, tiba-tiba terasa tertekan pula. Mana tidak tertekan kalau banyak lagi yang perlu dibaca sebelum menduduki peperiksaan.  Hanya tinggal beberapa hari saja lagi masa yang saya ada untuk menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran.
Harap- harap semuanya berjalan dengan lancar ye. Doakan saya.

Saturday, November 20, 2010

::Berbasikal::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tahukah anda menunggang basikal? Ingatkah lagi, saat anda mula-mula belajar menunggang basikal? Mesti pelbagai kenangan sama ada sedih mahupun gembira terbayang-bayang di ingatan anda ketika ini. 

Jika ditanya kepada saya kenangan menunggang basikal, memang banyak kenangan saya ketika menunggang basikal. Kenangan mula-mula belajar berbasikal dengan menggunakan roda tambahan, kemudian sudah boleh berbasikal tanpa roda tambahan dan seterusnya mula beranikan diri berbasikal tanpa memegang pemegang basikal. Bila diingatkan kembali, beraninya saya jika dulu pernah berbasikal tanpa memegang pemegangnya. 

Sila jangan meniru kelakuan ini ya. Bahaya sangat bile diambil kira sekarang, bukannya tidak pernah jatuh tetapi bak kata orang 'tak pernah serik'. Sebenarnya saya bercerita mengenai basikal kerana semalam saya bersama ibu dan rakan-rakannya berbasikal mengelilingi kampung sebagai salah satu aktiviti riadah di waktu petang. 

Apabila berbasikal seperti itu, teringat pula kenangan berbasikal bersama rakan-rakan. Berbasikal mengelilingi kampung, berbasikal untuk pergi ke kelas tusyen dan lain-lain lagi. Seronok sangat walaupun tidak lari daripada rasa penat mengayuh basikal. Semoga aktiviti berbasikal ini dapat diteruskan untuk memastikan badan sentiasa sihat serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan. 

Wednesday, November 17, 2010

::Selamat Hari Raya Aidiladha::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sempena hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Dalam asyik sibuk mengorbankan haiwan, fikir-fikirkan juga apa pengorbanan yang kita telah lakukan sepanjang tahun ini...

Tuesday, November 16, 2010

::SedaPnYe Aiskrim::



Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya sudah kembali. Segala kesedihan serta jiwa yang kacau hilang dibawa angin pantai. Hari ini saya rasa ingin bercerita mengenai aiskrim lah. Siapa suka makan aiskrim angkat tangan? Siapa tidak suka makan aiskrim? Tidak kisah lah sama ada anda suka makan aiskrim atau tidak, saya tetap ingin bercerita mengenai aiskrim kerana saya suka makan aiskrim.

Saya suka makan aiskrim kerana nikmatnya apabila aiskrim masuk ke dalam mulut dan ia cair dalam kehangatan mulut. Lazatnya, terasa nak makan aiskrim pula. Walhal, beberapa sebelum ni pun saya baru sahaja makan aiskrim dengan My LuvLy Luv. Sedap sangat walaupun aiskrim tu cepat sangat cair sehingga tangan comot dan yang malangnya kasut My LuvLy Luv terkena aiskrim. Dah la kasut berwarna putih, kesian My LuvLy Luv terpaksa membasuhnya pula.

Saya pernah terbaca di sebuah majalah bahawa jika anda mengalami tekanan, aiskrim boleh menjadi ubat terbaik menghilangkan tekanan. Tetapi jangan lah makan secara berlebihan pula, saya takut tekanan hilang tetapi sakit gigi pula yang datang. Baiklah, sampai disini saja, terasa nak makan aiskrim lak. 


'Sebelum melakukan sesuatu perkara, ingatlah orang tersayang. Mungkin ada hati yang akan terluka jika terlalu mengikut kata hati. Yang pasti, makan aiskrim tidak akan menyakiti hati sesape...hehe' 

Saturday, November 13, 2010

::Jiwa Kacau::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya tidak ingin menulis banyak. Hanya buat sementara waktu ingin cuba mencari diri yang hilang dan ketenangan semula. 

Jiwa kacau
Hati beku
Langkah sumbang
Suara nyaring
Fikiran dan hati berserakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...