Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

++ ImPian ++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Saya yakin setiap insan pasti mempunyai impian masing-masing. Sejak kecil impian itu telah tercipta walaupun sudah berapa ribu kali ia bertukar ganti. Boleh saya katakan bahawa impian itu merupakan motivasi untuk diri saya.

Saya mempunyai impian. Banyak yang saya impikan dalam hidup dan sedikit demi sedikit impian itu sudah terlaksana. Tapi saya tidak akan berhenti membina impian. Walau setiap langkah untuk merealisasikan impian itu terdapat beribu halangannya.

Saya pernah jatuh ketika berlari untuk menggapai suatu impian itu, tapi saya bertatih dan melangkah perlahan-lahan supaya impian itu tidak terkubur disitu. Kadangkala impian itu akan melibatkan orang disamping kita dan kadangkala hanya usaha diri sendiri yang akan menjadikan impian itu suatu kenyataan.

Janganlah berhenti untuk bermimpi dan mebina impian, kerana tanpanya kita akan berhenti untuk maju dalam kehidupan.


*My Luvly LuV, adakah impian kita akan terlaksana.....

Thursday, September 23, 2010

'Selamat Hari Raya'


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Dah lama sangat tak update blog ni. Sampaikan nak wish 'Selamat Hari Raya' pun tak sempat. Dah Syawal ke 14 pun baru sempat nak ucapkan 'Selamat Hari Raya'. Lama sangat cuti raya ni sampaikan bile dah masuk belajar balik, mula la cari buku dan kelam kabut nak siapkan assignment.

Agaknya kalau cuti sebulan untuk raye memang sebulan la buku tu bertapa dalam beg agaknya. Walaubagaimanapun saya rasa masih belum terlambat untuk saya memohon maaf jika ada mengguris atau menyakiti hati sesiapa. Mohon diampunkan segala salah dan silap.

'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin'



Sunday, August 29, 2010

++ PerTama Kali ++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari yang ke-18 kita sebagai umat islam berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang bulan puasa ini, waktu berbuka puasa merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua dan jika boleh bermacam-macam juadah berbuka puasa yang ingin disediakan. Semalam, 28 Ogos, saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama My LuvLy Luv dan kelab keretanya. Ini pertama kali buat saya menyertai aktiviti berbuka puasa sebegini.

Memang meriah, ramai yang hadir dan komitmen yang diberikan juga amat menggalakkan, itulah yang dapat saya gambarkan secara keseluruhan apa yang berlaku semalam. Aktiviti ini juga melibatkan ahli kelab dari negeri lain juga. Apabila saya mengetahui bahawa kelab ini melibatkan ahli dari negeri lain seperti Johor, Melaka, dan Selangor, saya bangga terhadap mereka, kerana mereka sanggup datang dari jauh memberi komitmen semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin antara mereka.

Betullah kata My LuvLy Luv, mereka bagaikan sebuah keluarga yang ditemukan kerana minat terhadap jenis kereta yang serupa. Saya sendiri turut berpeluang untuk merasai perasaan itu serta berkenalan dan mendapat rakan baru semasa mengikuti aktiviti ini. Memang seronok dapat berkenalan dengan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang diadakan dan yang paling tidak disangka ialah saya dan My LuVLy Luv mendapat hadiah untuk 'Couple' semalam. Memang tidak kami sangka, mungkin rezeki kami pada hari itu agaknya.

Saya tahu dengan adanya aktiviti sebegini dilakukan ia dapat meluaskan lagi pergaulan kita antara satu sama lain. Saya berterima kasih kepada My LuvLy Luv kerana memberi peluang kepada saya untuk turut merasa pengalaman yang amat berharga ini. Disini saya turut sertakan sedikit kenangan saya bersama rakan-rakan dan My LuvLy Luv.

My LuvLy Luv bersama-sama rakan-rakannya.


Saya bersama rakan-rakan baru saya.


Saya bersama rakan-rakan yang lain.


Bergambar sebentar selepas berbuka puasa.


Saya bersama My LuvLy Luv semasa mendapat hadiah 'Couple'.

Wednesday, August 25, 2010

# Untuk Cik K #

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua. Hari ini 25 Ogos merupakan Hari Ulang Tahun Sahabat saya, Cik K. Oleh itu saya buat khas untuknya.


Sahabat, semoga dirimu sentiasa gembira dan jauh daripada kesedihan. Terima Kasih kerana menjadi sahabat saya. Sayang kamu wahai sahabatku.

Tuesday, August 24, 2010

KasuT Oh Kasut...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari ke-15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Mesti ada antara kita yang sudah mula berkira-kira untuk membeli belah dimana dan apa yang ingin di beli sempena Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Kalau boleh, hendak baju baru, kasut baru, dan kalau boleh semuan
ya lah yang baru. Rasanya kalau tidak berkesempatan untuk membeli suatu yang baru untuk dipakai ketika Syawal, dirasakan tidak lengkap.

Tapi rasa-rasanya jika bukan kerana ingin menyambut apa-apa perayaan pun kita masih akan membeli-belah. Pantang nampak barang yang cantik dan murah sikit pasti terasa nak membuka dompet untuk membelinya. Antara barang yang paling kerap di beli oleh saya ialah kasut. Agaknya kalau dikumpulkan dan dikira bilangan kasut, entah berapa banyak agaknya. My LuvLy Luv selalu kata, 'Asyik beli kasut je, entah berapa banyak la kasut awak kat rumah agaknya'. Saya hanya tersengih je.

Memang saya sendiri akui, perempuan memang tida
k boleh berenggang dengan kasut. Kawan-kawan saya dan termasuk saya juga kalau boleh stok kasut mesti tidak kurang daripada tiga...hehe. Kalau boleh baju merah mesti ada kasut merah, mesti ada warna-warna yang tertentu. Itu belum lagi termasuk jenis kasut, kalau boleh mesti ada kasut tumit tinggi, sandal, kasut tutup penuh, dan macam-macam lagi la.

Kasut sudah menjadi sesuatu keperluan yang perlu dipakai sebelum melangkah keluar dari rumah. Tetapi agaknya, masih ada atau tidak orang yang tidak memakai kasut apabila keluar daripada rumah ya? Adakah mereka seperti ini...

Agaknya, jika kita berjalan di bandar mahupun shopping kompleks tanpa kasut pasti kita akan kelihatan seperti orang zaman batu kan. Baju dah elok cantik-cantik tetapi berkaki ayam pula. Walaubagaimanapun, yang penting ialah memilih kasut yang sesuai dengan tubuh badan dan kehendak, supaya tidak mengakibatkan kesan negatif kepada diri sendiri.


* Selamat bershopping, tetapi jangan sampai berlebih-lebihan dan membazir pula.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...