Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

++ PerTama Kali ++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari yang ke-18 kita sebagai umat islam berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang bulan puasa ini, waktu berbuka puasa merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua dan jika boleh bermacam-macam juadah berbuka puasa yang ingin disediakan. Semalam, 28 Ogos, saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama My LuvLy Luv dan kelab keretanya. Ini pertama kali buat saya menyertai aktiviti berbuka puasa sebegini.

Memang meriah, ramai yang hadir dan komitmen yang diberikan juga amat menggalakkan, itulah yang dapat saya gambarkan secara keseluruhan apa yang berlaku semalam. Aktiviti ini juga melibatkan ahli kelab dari negeri lain juga. Apabila saya mengetahui bahawa kelab ini melibatkan ahli dari negeri lain seperti Johor, Melaka, dan Selangor, saya bangga terhadap mereka, kerana mereka sanggup datang dari jauh memberi komitmen semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin antara mereka.

Betullah kata My LuvLy Luv, mereka bagaikan sebuah keluarga yang ditemukan kerana minat terhadap jenis kereta yang serupa. Saya sendiri turut berpeluang untuk merasai perasaan itu serta berkenalan dan mendapat rakan baru semasa mengikuti aktiviti ini. Memang seronok dapat berkenalan dengan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang diadakan dan yang paling tidak disangka ialah saya dan My LuVLy Luv mendapat hadiah untuk 'Couple' semalam. Memang tidak kami sangka, mungkin rezeki kami pada hari itu agaknya.

Saya tahu dengan adanya aktiviti sebegini dilakukan ia dapat meluaskan lagi pergaulan kita antara satu sama lain. Saya berterima kasih kepada My LuvLy Luv kerana memberi peluang kepada saya untuk turut merasa pengalaman yang amat berharga ini. Disini saya turut sertakan sedikit kenangan saya bersama rakan-rakan dan My LuvLy Luv.

My LuvLy Luv bersama-sama rakan-rakannya.


Saya bersama rakan-rakan baru saya.


Saya bersama rakan-rakan yang lain.


Bergambar sebentar selepas berbuka puasa.


Saya bersama My LuvLy Luv semasa mendapat hadiah 'Couple'.

Wednesday, August 25, 2010

# Untuk Cik K #

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua. Hari ini 25 Ogos merupakan Hari Ulang Tahun Sahabat saya, Cik K. Oleh itu saya buat khas untuknya.


Sahabat, semoga dirimu sentiasa gembira dan jauh daripada kesedihan. Terima Kasih kerana menjadi sahabat saya. Sayang kamu wahai sahabatku.

Tuesday, August 24, 2010

KasuT Oh Kasut...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari ke-15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Mesti ada antara kita yang sudah mula berkira-kira untuk membeli belah dimana dan apa yang ingin di beli sempena Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Kalau boleh, hendak baju baru, kasut baru, dan kalau boleh semuan
ya lah yang baru. Rasanya kalau tidak berkesempatan untuk membeli suatu yang baru untuk dipakai ketika Syawal, dirasakan tidak lengkap.

Tapi rasa-rasanya jika bukan kerana ingin menyambut apa-apa perayaan pun kita masih akan membeli-belah. Pantang nampak barang yang cantik dan murah sikit pasti terasa nak membuka dompet untuk membelinya. Antara barang yang paling kerap di beli oleh saya ialah kasut. Agaknya kalau dikumpulkan dan dikira bilangan kasut, entah berapa banyak agaknya. My LuvLy Luv selalu kata, 'Asyik beli kasut je, entah berapa banyak la kasut awak kat rumah agaknya'. Saya hanya tersengih je.

Memang saya sendiri akui, perempuan memang tida
k boleh berenggang dengan kasut. Kawan-kawan saya dan termasuk saya juga kalau boleh stok kasut mesti tidak kurang daripada tiga...hehe. Kalau boleh baju merah mesti ada kasut merah, mesti ada warna-warna yang tertentu. Itu belum lagi termasuk jenis kasut, kalau boleh mesti ada kasut tumit tinggi, sandal, kasut tutup penuh, dan macam-macam lagi la.

Kasut sudah menjadi sesuatu keperluan yang perlu dipakai sebelum melangkah keluar dari rumah. Tetapi agaknya, masih ada atau tidak orang yang tidak memakai kasut apabila keluar daripada rumah ya? Adakah mereka seperti ini...

Agaknya, jika kita berjalan di bandar mahupun shopping kompleks tanpa kasut pasti kita akan kelihatan seperti orang zaman batu kan. Baju dah elok cantik-cantik tetapi berkaki ayam pula. Walaubagaimanapun, yang penting ialah memilih kasut yang sesuai dengan tubuh badan dan kehendak, supaya tidak mengakibatkan kesan negatif kepada diri sendiri.


* Selamat bershopping, tetapi jangan sampai berlebih-lebihan dan membazir pula.

Monday, August 23, 2010

Aku Wanita BiaSa...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini terasa nak layan lagu Kris Dayanti - Aku Wanita Biasa. Saya pun wanita biasa, yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Saya tahu kadang kala mulut ini begitu laju menuturkan kata-kata yang tanpa kita sedar telah menyakiti hati insan yang kita sayangi. Saya menyayangi nya, tetapi kadangkala saya membuat kesilapan dan menyakiti hatinya sama ada kita sedar mahupun tidak. Maafkan saya jika pernah menyakitimu...



Lirik Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..


# Saya Sayang awak, My LuvLy Luv...

Sunday, August 22, 2010

::: BubUr LamBuk Oh BuBur LamBuk :::


Assalamualaikum & Salam semua...

Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua disamping memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dalam bulan yang penuh mulia ini.

Hari ini dapat juga untuk saya merasa bubur lambuk hasil masaka
n pelajar kolej kediaman saya ini. Bubur lambuk merupakan makanan yang popular ketika di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Hampir setiap masjid selalunya akan memasak bubur lambuk dan disedekahkan kepada sesiapa sahaja. Tidak sabar rasanya ingin merasa bubur lambuk yang saya baru terima semasa dalam perjalanan ke blok asrama tadi. Agaknya apabila bulan puasa ini, semua makanan kita rasakan sedap dan terasa mahu makan, lebih-lebih lagi ketika membeli juadah berbuka puasa.

Baiklah saya tidak mahu berceloteh panjang. Selamat Berbuka Puasa, Jangan lupa doa...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...