Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 25, 2013

Fikir Dahulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Jika ditanya pada setiap orang, pasti majoriti mempunyai akaun facebook dan melalui facebook kita seringkali menjadikannya sebagai sumber informasi. Semakin lama saya lihat bermacam-macam info yang dikongsikan. 

Ya, memang Facebook banyak membantu tetapi adalah lebih baik jika kita memastikan setiap info yang kita kongsikan adalah sahih dan bukan khabar angin mahupun fitnah. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, fikir-fikirkan lah terlebih dahulu kesahihan sesuatu info sebelum dikongsi mahupun sebelum status di update. 

FIKIR FIKIR kan la!

Pertunangan: 25.5.2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini diberi kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.

Akhirnya, muncul juga sikap rajin untuk menulis setelah lama idea untuk berkongsi majlis pertunangan, saya peram lama-lama. Agak-agak kalo pekasam, dah boleh makan rasenye sebab lama sangat peram. 

25.5.2013, terikatnya tali pertunangan antara saya dan My Love. Setelah lama bercintan cintun akhirnya kami bersepakat untuk melangkah setapak kehadapan. Tapi saya cakap dengan My Love kalau boleh tak nak ikat pertunangan lama-lama. Asal cukup masa untuk buat persediaan kahwin sudah memadai. 

Dalam tempoh selepas merisik dan menunggu majlis bertunang memang banyak masa yang saya ada sebenarnya tetapi biase la, orang suke buat kerja main-main. Kunun-kunun semua benda nak buat sendiri, ditambah pula dengan saya anak sulung, nasib amibil cuti seminggu. banyak juga benda nak kene settle. Ye la, walaupun balik kampung setiap minggu tetapi kalau tak buat betul-betul memang tak siap. Nasib la ayah decide nak ambil katering je. 

Antara perkara yang saya dan ibu buat sendiri; baju tunang, veil, hantaran, cupcakes sebagai doorgift, dan pelamin tunang. Mula-mula rancang nak buat kecil-kecil je tetapi ibu decide untuk mengadakan kenduri doa selamat lagi, memang ramai dan meriah sangat sampai rase macam dah kahwin pulak. Agak agak kahwin macam mana la nanti. Nak lihat ramai ke tak cer lihat gambar bawah ni. 

Keluarga dan saudara pihak lelaki yang hadir

Ramai kan yang datang, tetapi apa yang penting Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun membasahi bumi pada waktu pagi. Saudara dan rakan-rakan juga ramai yang hadir dan turut berkongsi memeriahkan majlis saya ini. 

Inilah sahabat, adik dan sepupu saya.

Tema saya pada majlis tersebut ialaha turquoise, tetapi saya tidak suka semua memakai baju sama warna dengan saya jadi saya minta rakan-rakan dan saudara memakai warna pink jika anda. sebenarnya untuk menaikkan warna dalam gambar je. Biar nampak ceria dan meriah sikit. 

Okla, sampai sini dulu saya cerita keadaan majlis, nanti saya sambung yang lain pula ya. 
Terima kasih kepada yang sudi membaca. 

Tuesday, July 16, 2013

I'm Back.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa. Agak lama saya tidak kemaskini blog saya ini. terlalu sibuk dengan majlis pertunangan dan lain lain hal sehingga blog ini terabai. 

Niat dihati sebenarnya ingin berkongsi cerita sedikit mengenai majlis pertunangan, saya bagi teaser dulu ye sementara merangka cerita. hehe. Ada juga sedikit DIY yang saya lakukan semasa majlis tersebut. 


Saturday, April 6, 2013

Sayang Kucingku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua. 

Hari minggu adalah hari yang dipenuhi dengan undangan perkahwinan dan kenduri.
Selain memenuhi undangan perkahwinan, hari ini saya hantar my kucin pergi klinik haiwan. Dah lama my mom minta hantar mama jerry pegi klinik dan mandulkan dan dah lame juga saya saje lengahkan sebab macam kesian je nak mandulkan kucing.

Mula-mula rase kesian lak, tapi bile mama jerry dah bunting dan lahirkan anak, rasa kesian lak ngan ibu nak jage kucing banyak-banyak. Lepastu mula la fikir, kalau tiba-tiba mam jerry cari jantan lagi dan bunting, makin betambahla bilangan baby kucin. 

Akhirnya, saya buat keputusan untuk mandulkan. Nak mandulkan kucing pun sebenarnya macam manusia. mana taknye, malam sebelum hantar untuk mandulkan, kucing kene stop makan sekurang-kurangnya pukul 10 malam. kucing tak boleh makan tetapi boleh minum air je.Pagi-pagi tu seksa juga nak kurung mama jerry dari makan, ye la, anak-anak die saya bagi makan. 

Pukul 1030 bile klinik dah bukak saya terus hantar. Prosedurnya senang je, buat pendaftaran untuk kucing dan tinggalkan, petang baru ambil semula. Kat tempat saya, kalau nak mandulkan kucing betina dikenakan  RM140. Agak mahal la, tetapi klinik haiwan kerajaan pun ada juga tetapi kene ikut turn la sebab kene buat temujanji dulu. Macam saya malas nak buat lambat-lambat dan menunggu.

Petang tadi dalam pukul 515, saya dapat panggilan dari klinik haiwan kate kucing dah ready. Masa amik mama jerry tu, die senyap je dan tak bunyi langsung. Selalunya kalau naik kereta memang bising dan saya anggap kucing tengah sakit kot, sebab tu senyap je.

Bila sampai rumah, saya tak berani nak angkat kucing dan hanya biarkan die keluar dari bekas sendiri sebab takut menyakitkan kucing. Bila tengok mama jerry macam kaki tak leh gerak, rase sedih dan kesian sangat-sangat. Maybe sebab kesan bius tak ilang lagi sebab tu die tak leh gerak kot.

Doc kate kalau boleh kene kurung selama seminggu sebab takot kesan jahitan terbukak balik. Harap-harap mama jerry cepat sembuhla sebab tak sabar nak peluk dan dukung-dukung mama jerry lagi. 

*ingat nak masukkan gambar mama jerry, tapi macam tak sampai hati lak nak amik gambar sebab kesian sgt.

Wednesday, April 3, 2013

Jangan Lupa Bersyukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Hari ini semasa tengah drive nak pergi kerja, macam biase dengar motivasi pagi dekat ikim fm. Kali ini ustazah lebih bercakap mengenai bersyukur dan kerja.

Agak-agak, setiap kali kita bangun adakah kita akan bangun dan mengucapkan alhamdulillah serta bersyukur kerana masih bernyawa. Fikir-fikirkan. Kemudian, apabila kita masuk ke kenderaan untuk memulakan hari, adakah kita membaca doa naik kenderaan?

Kadangkala oleh kerana kemewahan dan kesenangan yang sering kita perolehi, kita sering leka dan terlupa untuk bersyukur kepadanya. Kita imbas semula, ketika berfikir mengenai kerja, apa perkara pertama yang bermain di kepala anda? Adakah timbunan kerja yang banyak ataupun berniat bahawa kita bekerja kerana Allah dan berharap semua perkara yang dilakukan pada hari ini diberkati olehnya. 

Semasa mendengar semua persoalan ini, saya tertanya-tanya, saya bekerja untuk ape? Gaji atau kerana Allah? Semuanya akan membawa kepada gaji yang diterima, samada berkat ataupun tidak?

Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan ye. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...