Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.
Hari ini semasa tengah drive nak pergi kerja, macam biase dengar motivasi pagi dekat ikim fm. Kali ini ustazah lebih bercakap mengenai bersyukur dan kerja.
Agak-agak, setiap kali kita bangun adakah kita akan bangun dan mengucapkan alhamdulillah serta bersyukur kerana masih bernyawa. Fikir-fikirkan. Kemudian, apabila kita masuk ke kenderaan untuk memulakan hari, adakah kita membaca doa naik kenderaan?
Kadangkala oleh kerana kemewahan dan kesenangan yang sering kita perolehi, kita sering leka dan terlupa untuk bersyukur kepadanya. Kita imbas semula, ketika berfikir mengenai kerja, apa perkara pertama yang bermain di kepala anda? Adakah timbunan kerja yang banyak ataupun berniat bahawa kita bekerja kerana Allah dan berharap semua perkara yang dilakukan pada hari ini diberkati olehnya.
Semasa mendengar semua persoalan ini, saya tertanya-tanya, saya bekerja untuk ape? Gaji atau kerana Allah? Semuanya akan membawa kepada gaji yang diterima, samada berkat ataupun tidak?
Sama-samalah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan ye.
No comments:
Post a Comment