Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

::Oh Selsema...Oh Aiskrim::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya harap rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat. Bulan puasa ini, banyak-banyakkan lah minum air suam, kalau tidak mahu jatuh sakit. 

Sebenarnya sejak balik dari temuduga di Shah Alam pada isnin lepas, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan dan mula demam panas. Kini setelah dua hari berlalu, keadaan kesihatan kembali pulih sedikit demi sedikit.

Tetapi penyakit selsema ini bukan senang hilang, masih ade 'sok' 'sek' 'sok' 'sek' nye lagi. Apa yang peliknya, masa tengah sakit inilah macam-macam perasaan teringin ada. 

Teringin makan aiskrim la, cendol la, abc la dan yang pentingnya semua benda yang nak ditelan mesti makanan yang sejuk. Kalau ikutkan hati memang sudah lama ditelan semua itu.

Namun, memikirkan yang saya mempunyai temuduga pada isnin depan, terpaksala menahan diri. Kalau boleh hendak menghadirkan diri dengan keadaan kesihatan yang 100%.  Malu la nanti kalau temuduga dilakukan dengan keadaan suara yang sengau dan hidung berhingus. 

Silap-silap hendak diterima bekerja terus ditolak sebab beri penampilan yang tak elok. Oklah. nak makan ubat dan berehat selepas itu. Takut My Luvly Luv bising pula kalau ubat tidak dimakan. 

#Jangan lupa banyak-banyak minum air suam... =)

Wednesday, August 10, 2011

::JanGan BerpUtus Asa::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua....

Hari ini merupakan hari ke-10 kita berpuasa. Macam mana dengan hari-hari anda, masih bertahan kah menunaikan ibadah ini. Semoga anda masih mempunyai kekuatan dan bersabar dalam menjalani ibadah puasa ini.

Disamping jangan berputus asa dalam menjalani ibadah puasa, saya juga perlu jangan berputus asa dalam mencari pekerjaan. My Luvly Luv dan keluarga lah yang sentiasa memberi sokongan supaya tidak berputus asa. Kerja memang banyak tetapi mungkin kerana lokasi banyak membataskan pekerjaan pilihan saya. 

Ada ketikanya, saya ditawarkan pekerjaan tetapi jadual waktu kerja adalah shif dan ini menyebabkan saya terpaksa menolak peluang yang diberi. Bukan saya memilih, tetapi memikirkan akan keselamatan diri dan pasti orang yang menyayangi saya akan sentiasa kerisauan jika saya menerimanya. 

Saat saya hampir berputus asa, tawaran temuduga muncul semula. Walaupun hanya sebuah temuduga tetapi saya tahu, ini merupakan peluang saya untuk membina kerjaya dan pasti tidak akan disia-siakan. Belum pun perasaan gembira itu hilang.

Muncul lagi peluang ditemuduga, mungkin ada lah rezeki saya untuk salah satu temuduga ini. Sebelum berjuang, saya persiapkan diri ini dengan segala ilmu yang saya ada untuk bekalan berperang nanti.

Alhamdullillah, temuduga yang pertama telah berjalan dengan lancar..Hanya perlu menunggu panggilan jika itu rezeki saya. Kini, hanya menunggu hari untuk temuduga seterusnya. Semoga perjalanan temuduga ini berjalan dengan lancar juga.

Apa yang penting, 'Jangan Berputus Asa' Chaiyok.....Chaiyok.....

Tuesday, August 2, 2011

::CoBaaN / DuGaaN keHidupaN::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puase. Selesai sudah sehari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa. Bagaimana agaknya hari-hari anda? Diharap semuanya berjalan seperti biasa.

Pengalamana berpuasa pada hari pertama buat saya sekeluarga pada hari ini nampaknya agak berbeza pada kali ini. Sejak jumaat yang lepas, seluruh kawasan Port Dickson terputus bekalan air. Hal ini berlaku akibat hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh di empangan. 

Kejadian tanah runtuh ini menjadi punca 3 saluran paip air pecah serta mengambil masa untuk operasi pembaikpulih dijalankan. Selama 3 hari keluarga saya bergantung dan berjimat dalam penggunaan air yang terhad.

Nasib baik keluarga saya menetap dikawasan saudara yang berdekatan dan hal ini banyak membantu ketika berhadapan dengan dugaan seperti ini. Saat simpanan air hampir kering, akhirnya bantuaan air tiba. Habis semua tong, baldi dan periuk yang kosong kami hamparkan dihadapan rumah untuk menjadi tempat tadahan air.

Setiap titis air yang ditadah akan dimanfaatkan secukupnya. Pengalaman air yang terhad di rumah sangat berbeza keadaan jika dibanding dengan di asrama. Ketika di asrama, kita hanya memikirkan tentang diri kita sahaja.

Tetapi dirumah, kita juga perlu memikirkan ahli keluarga yang lain disamping perlu memasak. Saya harap kami masih dapat bertahan dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Ini kerana kami mungkin perlu bertahan untuk 2 hari lagi dengan bekalan air yang terhad.



Monday, July 4, 2011

::HidUp si 'Penanam Anggur'::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

 Setelah lama tidak menulis di teratak ini, akhirnya muncul juga kekuatan dan kerajinan untuk menulis semula. Kalau hendak kata tiada masa hendak menaip memang tipu sangat la. Mana tidaknya, sejak menjadi 'penanam anggur' sepenuh masa ini memang banyak masa terluang. 

Saya ini bukanlah 'penanam anggur'  sebenarnya, tetapi merupakan penganggur sepenuh masa setelah tamat belajar dan mengikuti program pra pekerjaan. Pejam celik pejam celik, rupanya dekat 3 minggu juga saya bertapa dirumah dan bermacam-macam aktiviti yang saya lakukan. Akhirnya masuk minggu ketiga, kebosanan sudah melanda diri dan kehabisan aktiviti yang hendak dilakukan. 

Mana tidaknya, entah berapa filem dan drama yang sudah saya lakukan 'marathon' dengan menontonnya dalam tempoh ini. Itu belum termasuk dengan novel-novel yang sudah berkurun di beli dan hanya selesai dibaca dalam tempoh menjadi 'penanam anggur' ini.

Argghhh...Bosannya. Memang seronok duduk dirumah, makan minum dan buat apa sahaja yang ingin kita lakukan. Tetapi sampai bila hendak hidup goyang kaki dan makan ditanggung. Oppsss...jangan tertekan, mungkin   belum sampai masanya, saya kene terus berfikiran positif, terus mencari dan berusaha. Insyaallah adalah rezeki untuk saya di suatu tempat.

Saya tidak akan mengalah dan akan terus mencari. 

Sunday, May 8, 2011

::Selamat Hari Ibu::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah agak lama tiada coretan dan luahan yang ditinggalkan di teratak saya ini kerana tuntutan sebagai pelajar. Esok merupakan kertas terakhir untuk saya setelah 3 tahun bertungkus lumus menjalani hidup sebagai pelajar. 

Setelah lama menyepi, hari ini saya kembali menulis dengan membuat entri khas hanya untuk kekasih hati saya yang sentiasa disayangi iaitu Ibu. 'Selamat Hari Ibu'. 

Ibu, Selamat Hari Ibu. Ibu, Terima Kasih Ibu. Ibu, Terima kasih kerana tidak pernah jemu dan cukup sabar dalam membesarkan anakmu ini. Walau penat, ibu tidak pernah tidak memenuhi permintaan anakmu ini. Kasih ibu tinggi tidak terhingga, bagaikan tiada penghujung untuk kami adik beradik. Terima Kasih untuk segalanya. Ibu adalah ibu yang terbaik buat kami dan yang disayangi untuk selamanya.

Sempena hari ibu ini, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, berilah penghargaan dan buatlah mereka rasa mereka disayangi. Sementara mereka masih ada, hargailah. Sementara masih ada yang menyahut panggilan anda apabila memanggil nama ibu, emak, mama atau apa saja panggilan yang anda gunakan, berilah mereka penghargaan. Jika diukur jasa ibu kepada kita, memang kita sebagai anak, tidak akan dapat membayarnya walau dengan apa sekalipun. 

Walaupun seorang ibu itu harus dihargai setiap hari dan bukan hanya hari tertentu. Tetapi, mungkin sempena hari ibu ini, sesuatu yang istimewa dapat dilakukan oleh kita sebagai anak. Saya pernah terbaca, cinta dan kasih sayang tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Oleh itu, renungkanlah, perbetulkan jika ada kesilapan dan berbahagialah bersama mereka sementara ada waktu. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dimasa hadapan. =)

sayang ibu =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...