Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 21, 2013

#Kahwin : Tarikh Majlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa diberkati olehNYA.

Selepas ikatan pertunangan telah termeterai pasti pasangan yang bertunang akan memulakan misi untuk sebuah ikatan yang halal pula kan?

Setelah selesai majlis pertunangan, saya dan En. Tunang banyak berbincang serta cuba mencari tarikh yang sesuai. Yela, macam mana perancangan majlis ingin dilakukan jika tiada tarikh. Kami merupakan orang tengah untuk keluarga masing-masing. Tarikh-tarikh diusulkan oleh pihak keluarga saya setelah memeriksa kekosongan jadual aktiviti kampung. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan daripada wujudnya majlis kahwin yang bertindih dan dilakukan serentak pada hari yang sama.

Walaupun pada dasarnya persetujuan tarikh seperti telah ada tetapi kami masih mementingkan adat dan hak orang tua. Pada kami, biarlah penetapan tarikh dilakukan dengan lebih formal dan dibincangkan secara bersemuka antara kedua-dua belah ahli keluarga.

Akhirnya pada 4 Syawal yang lepas, ahli keluarga pihak lelaki telah hadir untuk berbincang dan beraya dirumah saya. Perbincangan ini juga sebenarnya salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Selepas ini kan kedua-dua keluarga akan menjadi besan. 

Keluarga En. Tunang banyak berkongsi pengalaman dan tips mengendalikan majlis perkahwinan, memandangkan saya merupakan anak sulung dan keluarga saya tidak ada pengalaman lagi mengendalikan majlis kahwin sendiri.

Insyaallah, walaupun tiada pengalaman namun saya yakin dengan pembacaan, pertanyaan dan bantuan dari orang sekeliling terutamanya keluarga En.Tunang pasti dapat membantu saya melakukan dan membuat keputusan yang terbaik. 

Dua keluarga bakal menjadi satu

Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga...amin

Sampai sini sahaja, doakan kami ya. Semoga semua urusan kami dipermudahkan dan kami tabah menghadapi setiap ujian yang hadir. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...