Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana akhirnya impian ibu dan ayah untuk mengerjakan haji bakal tercapai. Beberapa hari lepas mereka telah mendapat pengesahan dan tarikh penerbangan untuk menjalani ibadah haji. Saya yakin, setiap umat islam pasti memasang impian untuk ke tempat suci iaitu Mekah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sebelum saya bertunang lagi, ibu selalu nyatakan ingin pergi haji sebelum saya berkahwin.
Allah itu maha mendengar doa hambanya dan tahun ini nama ibu dan ayah terpanggil untuk ke sana. Mujurlah tarikh perkahwinan saya ditetapkan pada tahun depan, masih banyak masa untuk membuat persiapan setelah ibu pulang dari mengerjakan haji. Jujur saya katakan, separuh hati ini ingin membuat persiapan perkahwinan tetapi separuh hati lagi ingin menunggu ibu pulang baru persiapan perkahwinan dibuat dengan terperinci. Sementara waktu ini, saya akan mulakan persiapan untuk majlis di pihak lelaki dulu.
Ibu dan ayah bakal diterbangkan pada 19/9/13 iaitu hari khamis dan berkumpul di Kelana Jaya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan hati ini setiap kali mata terpandangkan tarikh dan kalendar. Tempoh perjalanan mereka disana mengambil masa selama 51 hari. Lama kan! Tidak tahula macam mana saya ingin menguruskan rumah dan membantu adik-adik. Selama ini ibu dan ayah yang banyak membantu dan walaupun bekerja saya akan memastikan setiap minggu pulang kerumah. Macam mana la untuk tempoh 51 hari tidak berjumpa.
Saya sentiasa doakan semoga semuanya dipermudahkan dan keselamatan mereka terjaga. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga mereka di sana. Okla, baik saya behenti disini dulu sebelum hujan turun membasahi pipi ini. Doakan keselamatan ibu dan ayah saya ya !
Ibu dan ayah terbaik di kurniakan Allah untukku. Sayang mereka sangat-sangat. |