Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

::08.03.11 TerIndaH::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya kembali, kembali untuk mengemaskini blogku tercinta, setelah hampir seminggu. Hampir-hampir nak berabuk jugalah blog ini. 

Hari ini saya ingin bercerita mengenai Hari Lahir saya, tetapi kali ini disambut oleh My LuvLy Luv pula. Kali ini My LuvLy Luv kata nak jadi orang yang pertama bagi ucapan, oleh itu 7 Mac, My Luvly Luv datang dan ajak makan malam. 

Sebelum naik kereta, rupa-rupanya My LuvLy Luv sudah bersembunyi dulu dan terus tangkap gambar bertubi-tubi. Masa itu terasa macam artis pula yang dikejar paparazi. Perasan la pulak. Mana tak nye, flash menusuk-nusuk mata ini.  Buruk betul bila tengok gambar saya yang terkejut, sebab tu tak upload =). Selepas terperasan menjadi artis, destinasi kami ialah kedai Pak Ali di Shah Alam. 


Nyum..nyum..memang sedap sangat makanan kat situ.. 



Apabila perut yang berbunyi sudah terisi dan tiada bunyi yang bergema, itu tandanya perut sudah kenyang. Memang sedap dan kenyang sungguh makan disitu. Lepas tu terus balik, sebab My LuvLy luv ada Final Exam, jadi tidak boleh lama-lama nanti tak sempat nak abis ulangkaji pula. My Luvly Luv kata, kita sambung sambut bufday hari sabtu. 

Lepas tu My LuvLy Luv bagi kad bufday, dalam kad tu siap ade jemputan tuk keluar hari sabtu. Tetapi yang buat saya nak ketawa ialah pilihan jawapan yang diberi. Kene pilih, sama ada sudi atau kene sudi. Apa punya pembuat soalan la, yang pasti jawapan saya mestilah sudi. Tapi sebelum balik, saya dapat hadiah cupcakes. Comel sangat, terasa nak tengok dan bingkaikan tapi tak nak makan. Malangnya, itu semua tidak boleh dilakukan. 


Hari sabtu, saya tak nak bercerita banyak tetapi hanya gambar sebagai penceritanya.=)

Mulakan hari dengan makan meatball kat ikea yang sedap.

Dapat hadiah lagi, setiap tahun mesti ada teddy 

Sempat lagi main pool sementara tunggu nak masuk wayang 

Mulakan hari ahad dengan sarapan di kfc sementara tunggu kereta di basuh =)
Tat telur di kfc sangat-sangat sedap.

Jom pergi konvoi, ada karnival bersama selebriti di senawang

Antara kereta-kereta club kete My LuvLy Luv

Antara sukaneka yang diadakan


Makan lagi, kali ini dapat makan bakso yang memang ada umphh. Kawan My LuvLy Luv siap mulut berapi sebab kepedasan. Dia terlupa agaknya yang die kat Negeri Sembilan =)

Jom makan aiskrim. Syok makan dengan cuaca yang panas. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...