Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

::RadiatoR?::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sebelum ini saya pernah berkongsi sedikit cerita mengenai kereta kan. Kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi. peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani latihan industri di ampang. Semasa praktikal, saya memandu kereta sendiri pergi ke tempat kerja, lagipun jarak rumah sewa yang dekat memudahkan lagi.

Satu hari, semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja tiba-tiba saya perasan 'temperature' naik agak tinggi, saya pun dah pelik. Mulalah menggelabah, mana tak menggelabah, pandai bawa tetapi tidak tahu mengenai kereta langsung.

::HadiaH laGi::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya gembira. Gembira dari semalam masih terbawa-bawa ke hari ini. Semalam kebetulan kelas saya dibatalkan oleh itu, saya pun dengan rajin pulang ke kampung halaman. 

Apabila sampai, ibu dengan ayah kata nak singgah shopping kompleks. Ibu kata ayah nak beli gps. Ayah dah moden tu, dah pandai hendak guna barang teknologi ni. Tapi dengan adanya gps, memudahkan perjalanan kita sebenarnya lebih-lebih lagi bile terpaksa pergi ke tempat yang kita tidak pernah pergi. Selepas cari barang yang dikehendaki, ibu pon kata hendak carikan hadiah bufday. 

Ingatkan ibu main-main tetapi bile dah masuk kedai jam, mata dah berpinar sebab tak tau nak pilih jam yang mane. Last-last, jam guess menjadi pilihan hati. 


Masalahnya, bile dah dapat hadiah cantik, tiba-tiba rasa sayang pula hendak pakai, macam mana tu. Sebenarnya takut jam tu rosak atau calar je. Mungkin sekali sekala boleh pakai, kalau simpan sahaja baik tak payah dapat hadiah kan..hehe

Terima kasih ibu dan ayah untuk hadiah yang sangat cantik. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya. Saya sangat gembira, nampaknya, makin tua hadia makin best. =)

Wednesday, March 16, 2011

::HuJan + Sarapan::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Bagaimana dengan cuaca anda pagi-pagi ini disana. Hari ini, pagi-pagi lagi hujan sudah turun dengan lebatnya.  Sudah lama rasanya hujan tidak pernah turun paga waktu pagi. Selalunya hujan turun pada waktu petang dan sering berselang seli dengan guruh dan petir.

Apabila hujan-hujan ini, hendak mandi pun terasa malas sahaja, tetapi kerana ada kuliah sekejap lagi saya gagahkan juga kaki ke bilik air. Lepas mandi apa lagi, kesejukkan la, masa inilah air panas sangat membantu. 
Jom kita minum milo dan makan dengan roti yang enak. Inilah sarapan pagi saya. 

Air milo tambah oat sikit. Sedapnya =)

Roti yang enak, sedap dimakan. 

Oklah, sementara tunggu hujan reda dan saya boleh merempit ke kuliah, saya ingin menikmati sarapan yang enak ini. Jangan lupa sarapan ye, tidak elok untuk otak tau. 

Tuesday, March 15, 2011

::Muka Baru::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya bukan buat pembedahan muka ya. Tetapi akhirnya, blog saya sudah ada 'header' sendiri. Hampir setahun blog ini tertubuh, barulah saya mempunyai kerajinan untuk membuatnya. Walaupun tidaklah secantik blogger lain, tetapi saya puas hati dengan hasilnya. 

Mungkin lepas ini, ada masa saya masih boleh buat header yang lebih baik =)

::08.03.11 TerIndaH::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya kembali, kembali untuk mengemaskini blogku tercinta, setelah hampir seminggu. Hampir-hampir nak berabuk jugalah blog ini. 

Hari ini saya ingin bercerita mengenai Hari Lahir saya, tetapi kali ini disambut oleh My LuvLy Luv pula. Kali ini My LuvLy Luv kata nak jadi orang yang pertama bagi ucapan, oleh itu 7 Mac, My Luvly Luv datang dan ajak makan malam. 

Sebelum naik kereta, rupa-rupanya My LuvLy Luv sudah bersembunyi dulu dan terus tangkap gambar bertubi-tubi. Masa itu terasa macam artis pula yang dikejar paparazi. Perasan la pulak. Mana tak nye, flash menusuk-nusuk mata ini.  Buruk betul bila tengok gambar saya yang terkejut, sebab tu tak upload =). Selepas terperasan menjadi artis, destinasi kami ialah kedai Pak Ali di Shah Alam. 


Nyum..nyum..memang sedap sangat makanan kat situ.. 

Saturday, March 5, 2011

::HadiaH TerBaik::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya gembira, gembira sangat. Gembira kerana kawan baik saya membuat satu kejutan hari lahir untuk saya. Walaupun hari lahir saya di sambut awal beberapa hari tetapi saya tetap gembira.

Tidak saya sangka kawan saya akan membuat sambutan hari lahir untuk saya dan Cik A serta akaknya. Lebih-lebih lagi apabila ada pula kek yang sangat cantik serta lazat untuk kami.

Memang tidak saya sangka yang Cik N akan membuat kejutan buat kami kerana pertemuan biasa yang dirancang pada petang tadi menjadi suatu yang amat indah dan akan diingati sampai bila-bila.

Pada saya inilah hadiah yang terbaik yang saya terima daripada sahabat baik saya ini. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya atas usaha yang dilakukan olehnya. 

Saya harap hubungan serta ikatan yang dibina selama ini akan berkekalan selamanya. Kerana saya tahu, kawan memang mudah di temui tetapi sahabat sejati sukar sekali. Buat saya Cik A dan Cik N adalah sahabat sejati saya. Yang sentiasa bersama saya walau suka dan duka serta memahami diri ini. 

Di sini saya kongsi sedikit kenangan antara kami petang tadi :




Sempat lagi menyuapkan Cik N sedikit kek. Inilah sahabat baik saya serta mastermind yang membuat kejutan ini. =)


Ini juga sahabat baik saya yang turut mendapat kejutan hari lahir tadi =)


Baiklah, sampai sini sahaja, nak pergi makan kek tadi. Sedap tau, nyum..nyum..Sayang semuanya =)

::Itu MIliKnya;;

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Akhirnya, bunga yang saya gubah untuk My LuvLy Luv, sudah sampai ke tangan empunyanya. Seperti yang disangka, My LuvLy Luv, tak sangka pun akan dapat bunga. Katanya, bufday org tu yang dah nak dekat tetapi orang lain lak yang dapat hadiah. 

Memang pelik la kalau lelaki yang dapat bunga, tetapi bila lihat muka yang gembira, terasa walau tidak cantik pun bunga yang saya gubah tetap dihargai. 


::Kesan SaMa?::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini pagi-pagi bangun-bangun terus layan Nasi Lemak Kopi O kat TV9. Kemudian tiba-tiba sampai satu segmen 'tahukah anda'. Segmen ini membincangkan kesan pemakaian kasut flat dan kasut tumit tinggi.

Sememangnya kesan pemakaian kasut tumit tinggi sudah dibincangkan dan diakui tetapi yang baru saya tahu ialah kasut flat juga memberi kesan yang sama. 

Rupanya kasut flat juga memberi kesan kepada postur badan dan lutut. Kesan yang akan dialami oleh pemakai kasut flat sama dengan kesan yang dialami pemakai kasut tumit tinggi. 

Segmen tersebut mencadangkan kasut yang sesuai dipakai ialah kasut yang mempunyai tumit setinggi 1 inci atau 2.5cm. Mungkin selepas ini, saya pun patut memikirkan jenis kasut yang patut saya pakai. Ini kerana kesannya mungkin tidak dapat dilihat semasa muda tetapi di masa tua, tiada siapa yang tahu. Oleh itu fikir-fikirkan lah =)

Friday, March 4, 2011

::PenanTian::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Penantian itu memang satu penyiksaan. Hari ini saya rasakan masa bergerak amat lambat sekali. Asal teringat sahaja, mata mencari jam. Kalau boleh mata tu memang memandang jam sahaja. nasib baik jam tu tak retak sebab asyik direnung sahaja.

Sebenarnya, saya menanti kepulangan My LuvLy Luv. Apabila kita menanti sesuatu pasti kita akan merasakan masa amat lambat sekali. Cuba jika kita sibuk membuat kerja pasti kita tidak sedar akan waktu yang bergerak itu. Walhal, tahap kepantasan masa bergerak itu tidak berubah sama sekali. Sama setiap hari.

Walau apa pun, saya berharap My LuvLy Luv memandu berhati-hati dan selamat dalam perjalanan. Oklah, nak pergi bersiap, nanti kelam kabut pula =)

::PasaR vs BunGa::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya melakukan satu aktiviti yang agak lama saya tidak lakukan, apa dia? Hari ini saya mengikut ibu pergi ke pasar. Saya tidak la seorang yang suka akan keadaan yang sesak, lebih-lebih lagi pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah seperti sayur, ikan, udang dan sebagainya. Agaknya, kalau dah kawin dan kene beli barang basah, macam mana la nanti. =)

Bukan apa, sudah la kawasan yang agak sempit, dicampur dengan keadaan lantai yang basah. berfikir dua kali juga la saya pagi tadi hendak mengikut ibu. Kalau bukan kerana ibu minta teman dan ingin membeli bunga segar untuk membuat sirih junjung, rasanya tidak sampai saya ke pasar tersebut.

 Tetapi bila sampai ke sana, terus hilang perasaan tidak suka pasar, sebab awal-awal lagi sudah nampak kedai bunga dan terus terjah. Cantik sangat-sangat bunga kat sini, lagi-lagi bunga ros. Saya ini memang suka bunga, dah namanya perempuan. Tetapi ada tak perempuan yang tidak suke bunga. Tetapi, nasib baik tak ada bunga ros oren, kalau tak memang bankrup ibu kat situ. =)

Setelah beli bunga yang dikehendaki dan beli sedikit barang basah, kami pun pulang. Kemudian, bermulalah operasi mengubah yang diketuai oleh ibu dan saya sebagai penyibuknya. Saya hanya tolong menyibuk dan kutip bunga-bunga lebih dan buat gubahan sendiri. Padahal, tangan tak berseni dan tak pandai mengubah langsung. 

Jom tengok hasil tepak sireh ibu dan bunga yang saya gubah.

Gubahan saya yang tak berseni =)

sireh junjung yang ibu buat =)

Nampak sangat perbezaan yang nyatakan. Sekurang-kurangnya bunga saya itu jadi perhiasan dirumah juga walau tidak seberapa. Sebenarnya, saya juga ada menyediakan bunga untuk My LuvLy LuV. Orang yang terlebih rajin memang macam itu, lagi-lagi dah mengadap dengan bunga yang banyak berlebih. Mesti pelik bile perempuan yang beri bunga kepada lelaki. Takpela, daripada membazir dan selalunya My LuvLy Luv je yang bagi bunga, kali ini giliran saya.  Tapi gambar bunga itu tak boleh nak upload lagi sebab kene bagi tuan punya tengok dulu =)

Thursday, March 3, 2011

::hANtARan::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawas seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hantaran, selalunya hantaran dibuat apabila ingin mengadakan majlis merisik, pertunangan dan pernikahan sahaja. Selalunya hantaran yang di buat akan mengikut warna dan tema yang diinginkan oleh pasanagn pengantin tersebut. 

Kenapa tiba-tiba bercakap mengenai hantaran ini. Apa yang pasti, belum sampai masanya lagi untuk saya melangkah ke alam perkahwinan. Sebenarnya sejak saya pulang ke rumah semalam, ibu sedang sibuk menyiapkan hantaran perkahwinan yang ditempah oleh rakannya. 

Memang cantik-cantik hantaran yang dibuat oleh ibu saya, lagi-lagi warna yang diinginkan oleh pasangan tersebut ialah warna kuning keemasan. Ketika melihat hantaran-hantaran inilah, saya mula berangan-angan. Saya pasti, anda juga pasti ada warna dan tema yang diinginkan untuk hari bahagia anda. 

Seperti saya, walaupun pernah berangan-angan ingin membuat suatu tema dan warna, tetapi ia selalunya berubah-ubah. Sekejap berangan nk warne oren la, sekejap nak warne gold la, sekejap merah la, tak tetap pendirian tul. Kadang-kadang inginkan warna itulah kemudian bile melihat ada yang lebih cantik, hendak bertukar kepada warna lain lak. 

Agaknya kene tunggu masanya baru leh buat keputusan agaknya. Alamak, bunyi macam gatal lak =). Apa-apa pun kenelah tunggu My Prince Charming dulu. Kepada sesiapa yang sedang merancang ingin melansungkan majlis, buat persediaan, ambil keputusan dan tetapkan pendirian. 

# My Luvly Luv, nak tema apa agaknye =P

:: DI SEBALIK TABIR BLOG ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini merupakan pertama kali saya menyertai segmen dari blogger Ben Ashaari.


Segmen ini meminta saya meletakkan gambar yang paling menawan, tapi bila tengok gambar-gambar-gambar sendiri, tak tau hendak letak yang mana. Akhirnya, gambar di atas yang saya pilih.  Mungkin kerana latar belakang yang saya rasakan sangat menawan dengan buku, botol air dan macam-macam barang lagi. =)

Sedikit latar belakang mengenai diri saya ini. Saya merupakan seorang yang berasal daripada port dickson, yang memang terkenal dengan pantai. Walaupun pada dasarnya boleh dikira berapa kali saya pernah mandi di pantai PD sepanjang hidup ini. Saya seorang yang kuat makan, lagi-lagi makanan yang sedap-sedap dan lepas tu baru la nak diet, kununnya dah gemok sangat. 

Tahun ini juga merupakan semester akhir saya sebagai pelajar. Kadangkala masa saya banyak dicuri untuk menyelesaikan tugasan kuliah, namun, saya akan cuba juga mencuri waktu untuk berkongsi sedikit kehidupan saya di blog ini. 

Jumlah follower saya sekarang ialah seramai 77 orang. =)

Soalan dari Ben :

Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
Jika saya tidak mempunyai blog, mungkin saya akan menghabiskan masa mengadap FB dan bermain game sahaja apabila bosan. 

Ceritakan kepentingan blog kepada anda
Saya merupakan seseorang yang gemar membaca buku dan majalah. Pada saya melalui blog la saya mendapat pengetahuan yang kadangkala tidak dapat diperolehi melalui buku. Selain itu, melalui blog jugalah saya dapat meluaskan pergaulan dan berkenalan dengan blogger lain. 

Blog feveret yang wajib singgah hari hari. Kenapa dan mengapa ?
Setiap hari jika mempunyai masa lapang, saya pasti akan melawat setiap blog yang saya follow. Setiap blog yang saya follow merupakan blog feveret saya. =)

Wednesday, March 2, 2011

::BahaGiaNya::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Memang benar la orang kata, rumah itu syurgaku. Akhirnya setelah sebulan tidak balik ke rumah , hari ini sampai juga saya di rumah. Terasa santai sangat bila berada di rumah, kalau boleh sampai di rumah terus hendak bergolek-golek dan berehat sangat. 

Teruk betulkan saya ini, macam la duduk kat universiti tu kene jadi buruh dan angkat bende berat. Penat sangat bunyinya. Tetapi yang penting saya bahagia berada di rumah. Terasa ingin menghabiskan masa dirumah dengan bermalas-malas sahaja. 

Oklah, nak bermalas-malasan dulu, nanti saya akan ceritakan sedikit pengalaman best ketika perjalanan pulang tadi =)

# My LuVly LuV, cepatla pulang =)

::BuLan KeSukaan::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Cepatnya, bulan 3 sudah datang. Terasa baru sahaja memulakan tahun baru. Nampaknya, tahap kelajuan saya membuat kerja perlu ditambah lagi. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tesis ini perlu dihantar. Asyik main-main sahaja dan terlalu leka membuat perkara yang tidak perlu.

Tetapi walaupun kerja belambak dan masa yang tinggal semakin terhad, saya tetap menyukai bulan mac ini. Terasa setiap hari hanya ingin menghitung hari dan jam sahaja. 

Sebenarnya, pada bulan ini merupakan bulan kelahiran saya. Tak malu tul la, dah besar gajah pun menghitung hari lahir gak, kalau bilangan umur semakin berkurangan tak apa juga. Ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. 

Selain daripada menghitung hari lahir saya, ada 3 orang individu yang amat saya sayangi berkongsi bulan yang sama. Siapa lagi kalau bukan bonda tercinta, dan dua sahabat baik saya iaitu Cik N dan Cik A.

Hadiah bonda tercinta dah beli, sekarang terfikir hendak buat sesuatu untuk dua sahabat saya ini, tetapi masih tiada idea untuk buat apa-apa lagi. Rasa-rasa, apa kejutan yang boleh saya buat ye?.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...