Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Fuhhh lama betul blog ini tidak di update. Kali terakhir post saya 8 oktober 2013 dan hari ini 7 oktober 2015. Kalau esok baru saya update memang genap 2 tahun. Entah kenapa setelah sekian lama, hati ini tergerak untuk menulis blog semula. Okla, lepas ini kene rajin menulis dan melawat blog. Tak nak la biarkan blog ni berhabuk dan bersawang lama-lama.
Entri seterusnya saya akan kongsi perkembangan saya selama 2 tahun menghilang.
Am@ri$$ gurL'z
Kehidupan itu Indah, Jika kita Pandai Mengemudinya.
Wednesday, October 7, 2015
Tuesday, October 8, 2013
#Family : Sayang dan Rindu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga hari anda ceria-ceria selalu dan diberkati oleh-NYA
Minggu depan, pada hari selasa seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Apa perancangan anda? Pasti ada yang merancang untuk pulang ke kampung halaman kan? Saya, seperti tahun-tahun sebelum ini masih akan menyambut raya di rumah sahaja. Yela, rumah nenek di sebelah rumah sahaja. Tetapi apa yang berbeza pada tahun ini buat pertama kalinya kami akan menyambut Hari Raya Aildiladha tanpa ibu dan ayah. Ibu dan ayah yang mengerjakan haji pasti menyambutnya dengan lebih gembira.
Kelmarin masa berborak dengan ibu cuaca disana sudah mula sejuk dan kebanyakkan jemaah disana ramai yang batuk-batuk. Semoga ibu dan ayah disana dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang sempurna untuk memudahkan mereka menjalani ibadah haji.
Semoga dipermudah urusan ibu dan ayah. Rindu dan sayang ibu dan ayah.. =( |
Friday, September 13, 2013
#Family: Menghitung Hari
Assalamualaikum semua,
Semoga hari anda ceria-ceria selalu.
Hari ini 13hb, maknanya lagi 5 hari sebelum ibu diterbangkan ke Jeddah untuk melaksanakan ibadah haji. Tiba-tiba hati rasa sayu mengenangkan rumah akan sepi seketika dari bebelan dan kasih sayang mereka. Ya, memang ada telefon untuk berkomunikasi, tetapi berbeza dan dengan jarak yang beribu batu.
Saya sudah mula rindu mereka dengan hanyamemikirkan semua ini.
Semoga saya akan tabah dan kuat demi amanah yang akan dipikul sementara ibu dan ayah berada di sana.
Friday, August 23, 2013
#Family : Lambaian Haji
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana akhirnya impian ibu dan ayah untuk mengerjakan haji bakal tercapai. Beberapa hari lepas mereka telah mendapat pengesahan dan tarikh penerbangan untuk menjalani ibadah haji. Saya yakin, setiap umat islam pasti memasang impian untuk ke tempat suci iaitu Mekah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sebelum saya bertunang lagi, ibu selalu nyatakan ingin pergi haji sebelum saya berkahwin.
Allah itu maha mendengar doa hambanya dan tahun ini nama ibu dan ayah terpanggil untuk ke sana. Mujurlah tarikh perkahwinan saya ditetapkan pada tahun depan, masih banyak masa untuk membuat persiapan setelah ibu pulang dari mengerjakan haji. Jujur saya katakan, separuh hati ini ingin membuat persiapan perkahwinan tetapi separuh hati lagi ingin menunggu ibu pulang baru persiapan perkahwinan dibuat dengan terperinci. Sementara waktu ini, saya akan mulakan persiapan untuk majlis di pihak lelaki dulu.
Ibu dan ayah bakal diterbangkan pada 19/9/13 iaitu hari khamis dan berkumpul di Kelana Jaya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan hati ini setiap kali mata terpandangkan tarikh dan kalendar. Tempoh perjalanan mereka disana mengambil masa selama 51 hari. Lama kan! Tidak tahula macam mana saya ingin menguruskan rumah dan membantu adik-adik. Selama ini ibu dan ayah yang banyak membantu dan walaupun bekerja saya akan memastikan setiap minggu pulang kerumah. Macam mana la untuk tempoh 51 hari tidak berjumpa.
Saya sentiasa doakan semoga semuanya dipermudahkan dan keselamatan mereka terjaga. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga mereka di sana. Okla, baik saya behenti disini dulu sebelum hujan turun membasahi pipi ini. Doakan keselamatan ibu dan ayah saya ya !
Ibu dan ayah terbaik di kurniakan Allah untukku. Sayang mereka sangat-sangat. |
Wednesday, August 21, 2013
#Kahwin : Tarikh Majlis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa diberkati olehNYA.
Selepas ikatan pertunangan telah termeterai pasti pasangan yang bertunang akan memulakan misi untuk sebuah ikatan yang halal pula kan?
Setelah selesai majlis pertunangan, saya dan En. Tunang banyak berbincang serta cuba mencari tarikh yang sesuai. Yela, macam mana perancangan majlis ingin dilakukan jika tiada tarikh. Kami merupakan orang tengah untuk keluarga masing-masing. Tarikh-tarikh diusulkan oleh pihak keluarga saya setelah memeriksa kekosongan jadual aktiviti kampung. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan daripada wujudnya majlis kahwin yang bertindih dan dilakukan serentak pada hari yang sama.
Walaupun pada dasarnya persetujuan tarikh seperti telah ada tetapi kami masih mementingkan adat dan hak orang tua. Pada kami, biarlah penetapan tarikh dilakukan dengan lebih formal dan dibincangkan secara bersemuka antara kedua-dua belah ahli keluarga.
Akhirnya pada 4 Syawal yang lepas, ahli keluarga pihak lelaki telah hadir untuk berbincang dan beraya dirumah saya. Perbincangan ini juga sebenarnya salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Selepas ini kan kedua-dua keluarga akan menjadi besan.
Keluarga En. Tunang banyak berkongsi pengalaman dan tips mengendalikan majlis perkahwinan, memandangkan saya merupakan anak sulung dan keluarga saya tidak ada pengalaman lagi mengendalikan majlis kahwin sendiri.
Insyaallah, walaupun tiada pengalaman namun saya yakin dengan pembacaan, pertanyaan dan bantuan dari orang sekeliling terutamanya keluarga En.Tunang pasti dapat membantu saya melakukan dan membuat keputusan yang terbaik.
Dua keluarga bakal menjadi satu |
Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga...amin |
Sampai sini sahaja, doakan kami ya. Semoga semua urusan kami dipermudahkan dan kami tabah menghadapi setiap ujian yang hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)