Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 21, 2013

Sahabat saya dah kahwin!

                                            Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semoga di bulan Syawal yang mulia ini membawa seribu satu kebahagiaan buat semua.

Hari ini  merupakan Syawal yang ke 14, macam mana dengan raya anda? Banyak rumah yang telah diziarahi? Banyak tak jemputan rumah terbuka yang diterima? Sudah mula melakukan puasa 6? Banyak pula soalan yang saya utarakan... hehe.. Dalam seronok bergembira dan menghadiri rumah terbuka, jangan lupa kawal permakanan dan berhati-hati di jalan raya ye.

Sebenarnya saya ingin kongsikan sedikit mengenai majlis perkahwinan sahabat saya pada 17 Ogos yang lepas. Sahabat saya ini saya kenal sejak kecil lagi. Lame kan kami kenal sebab tinggal di kampung yang sama. Kire dialah kawan saya dari kecik, sama-sama main pondok-pondok, main lompat getah, main galah panjang dan lain-lain lagilah. 

Hari sabtu yang lepas merupakan majlis pernikahan beliau dan diikuti dengan majlis resepsinya. Majlis akad nikah diadakan dirumah dan majlis resepsi di dewan kolej vokasional. Jom kita layan sikit majlis perkahwinan sahabat saya Aliaa Aishah bersama suaminya Shahril. 

Upacara membatalkan air sembahyang. (Kain layah tu saya yang buatkan =))

Tahniah sahabatku.
Sicomel loteh yang jadi pengapit perempuan tu, bff saya juga =). Lepas ni tinggal kami berdua yang masih bujang

Pelamin yang simple but nice..comey2

Berangan sekejap =)

Sesi bergambar di tepi pantai

Kami pon ingin bergambar juga. =)
Tak sangka sahabat saya sudah tukar status. Semoga beliau dan suaminya berbahagia selalu sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Happy for her =)

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua...

Walaupun hari ini merupakan hari raya kelima, tapi mungkin belum terlewat untuk saya katakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Setelah sebulan kita berpuasa akhirnya bulan syawal tiba jua, hari kemenangan umat islam. Disini saya ingin memohon ampun jika ada salah dan silap mahupun terlanjur perkataan di dalam blog ini. 

Raya, raya juga tetapi pastikan permakanan dikawal ye. Jangan nanti banyak pula ramai yang pergi kehospital kerana penyakit2 akibat makan yang tidak dikawal. 

Saling bermaafan dan berziarah la kita di bulan yang mulia ini. 

Monday, July 29, 2013

Anak-anak Kucingku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua..

Hari ini saya gembira akhirnya kucing kami selamat melahirkan empat ekor anak. Agak-agak saya boleh jadi doktor kucing la sebab dah pandai agak tanda-tanda kucing hendak melahirkan anak. Ye la, ini merupakan kali ketiga kucing saya melahirkan anak. 

Kalau nak tahu antara tanda-tanda mak kucing sudah ingin melahirkan anak ialah;
-  keadaan kucing agak resah dan semakin agresif mencari tempat yang sesuai untuk melahirkan anak dan seelok-eloknya sediakanla kotak sebelum almari anda menjadi mangsa. 
-  kalau kucing yang manja, die akan ingin berkepit dengan anda
-  kucing juga akan mula membuat bising dan mengiau. Lidah juga akan mula tjelir seperti anjing. 
-  yang terakhir, jika kucing sudah tidak mahu makan itu maknanya memang sudah sampai masa untuk melahirkan anak.

Itu adalah antara tanda yang boleh saya lihat dari kucing-kucing saya. Perkara yang paling penting, sediakan air minum yang bersih secukupnya dan makanan. Kerana selalunya ibu kucing yang baru lepas bersalin kehausan dan lapar. 
Ibu kucing yang kepenatan, ni sebelum melahirkan anak

4 ekor anak kucing yang baru sehari

Thursday, July 25, 2013

Pertunangan; DIY Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga semuanya diberkati dan dirahmati oleh-NYA,

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai hantaran pertunangan saya. Saya ingat lagi, semasa berbincangan dengan Encik Tunang tentang barang yang ingin diletakkan, macam -macam yang kami ingin letak diletakkan di dulang hantaran. Selalunya kami akan bincang berdua dulu kemudian baru diminta pendapat orang tua, kalau boleh kami tidak ingin membelakangkan orang tua. 

Selalunya untuk hantaran tunang di syorkan untuk melebihkan makanan dari barang-barang. Kami membuat keputusan untuk meletakkan 7 dulang dibalas 9 dulang. Antara masalah yang saya hadapi untuk membuat hantaran ialah mencari warna turquoise, tetapi memilih bunga dan renda-renda pun boleh tahan pening gak. 

Tetapi saya berterima kasih sangat-sangat kepada ibu yang banyak membantu dan makcik-makcik saudara. Bayangkan pagi-pagi hari majlis tu sempat lagi mereka menambah baik sireh junjung, bakul buah dan pelamin. Memang saya tabik spring atas bantuan yang telah dihulurkan.   

Jom layan sedikit gambar hantaran sebagai cuci mata. 
Aktiviti mengubah sireh junjung dan bakul buah
Sireh junjung, bakul buah dan coklat
Kek baju, jam tangan, dan apam polka dot 
Tuala bentuk kasut, kain baju melayu dan samping
Hantaran dari pihak lelaki

Akhir sekali, sebentuk cincin belian sebagai tanda pertunangan dan secara rasminya saya menjadi tunangan orang.
Cincin tunang tanda satu ikatan secara rasmi. 

Fikir Dahulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Jika ditanya pada setiap orang, pasti majoriti mempunyai akaun facebook dan melalui facebook kita seringkali menjadikannya sebagai sumber informasi. Semakin lama saya lihat bermacam-macam info yang dikongsikan. 

Ya, memang Facebook banyak membantu tetapi adalah lebih baik jika kita memastikan setiap info yang kita kongsikan adalah sahih dan bukan khabar angin mahupun fitnah. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, fikir-fikirkan lah terlebih dahulu kesahihan sesuatu info sebelum dikongsi mahupun sebelum status di update. 

FIKIR FIKIR kan la!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...