Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

::Selamat Hari Ibu::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah agak lama tiada coretan dan luahan yang ditinggalkan di teratak saya ini kerana tuntutan sebagai pelajar. Esok merupakan kertas terakhir untuk saya setelah 3 tahun bertungkus lumus menjalani hidup sebagai pelajar. 

Setelah lama menyepi, hari ini saya kembali menulis dengan membuat entri khas hanya untuk kekasih hati saya yang sentiasa disayangi iaitu Ibu. 'Selamat Hari Ibu'. 

Ibu, Selamat Hari Ibu. Ibu, Terima Kasih Ibu. Ibu, Terima kasih kerana tidak pernah jemu dan cukup sabar dalam membesarkan anakmu ini. Walau penat, ibu tidak pernah tidak memenuhi permintaan anakmu ini. Kasih ibu tinggi tidak terhingga, bagaikan tiada penghujung untuk kami adik beradik. Terima Kasih untuk segalanya. Ibu adalah ibu yang terbaik buat kami dan yang disayangi untuk selamanya.

Sempena hari ibu ini, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, berilah penghargaan dan buatlah mereka rasa mereka disayangi. Sementara mereka masih ada, hargailah. Sementara masih ada yang menyahut panggilan anda apabila memanggil nama ibu, emak, mama atau apa saja panggilan yang anda gunakan, berilah mereka penghargaan. Jika diukur jasa ibu kepada kita, memang kita sebagai anak, tidak akan dapat membayarnya walau dengan apa sekalipun. 

Walaupun seorang ibu itu harus dihargai setiap hari dan bukan hanya hari tertentu. Tetapi, mungkin sempena hari ibu ini, sesuatu yang istimewa dapat dilakukan oleh kita sebagai anak. Saya pernah terbaca, cinta dan kasih sayang tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Oleh itu, renungkanlah, perbetulkan jika ada kesilapan dan berbahagialah bersama mereka sementara ada waktu. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dimasa hadapan. =)

sayang ibu =)


Friday, March 18, 2011

::RadiatoR?::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sebelum ini saya pernah berkongsi sedikit cerita mengenai kereta kan. Kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi. peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani latihan industri di ampang. Semasa praktikal, saya memandu kereta sendiri pergi ke tempat kerja, lagipun jarak rumah sewa yang dekat memudahkan lagi.

Satu hari, semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja tiba-tiba saya perasan 'temperature' naik agak tinggi, saya pun dah pelik. Mulalah menggelabah, mana tak menggelabah, pandai bawa tetapi tidak tahu mengenai kereta langsung.

::HadiaH laGi::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya gembira. Gembira dari semalam masih terbawa-bawa ke hari ini. Semalam kebetulan kelas saya dibatalkan oleh itu, saya pun dengan rajin pulang ke kampung halaman. 

Apabila sampai, ibu dengan ayah kata nak singgah shopping kompleks. Ibu kata ayah nak beli gps. Ayah dah moden tu, dah pandai hendak guna barang teknologi ni. Tapi dengan adanya gps, memudahkan perjalanan kita sebenarnya lebih-lebih lagi bile terpaksa pergi ke tempat yang kita tidak pernah pergi. Selepas cari barang yang dikehendaki, ibu pon kata hendak carikan hadiah bufday. 

Ingatkan ibu main-main tetapi bile dah masuk kedai jam, mata dah berpinar sebab tak tau nak pilih jam yang mane. Last-last, jam guess menjadi pilihan hati. 


Masalahnya, bile dah dapat hadiah cantik, tiba-tiba rasa sayang pula hendak pakai, macam mana tu. Sebenarnya takut jam tu rosak atau calar je. Mungkin sekali sekala boleh pakai, kalau simpan sahaja baik tak payah dapat hadiah kan..hehe

Terima kasih ibu dan ayah untuk hadiah yang sangat cantik. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya. Saya sangat gembira, nampaknya, makin tua hadia makin best. =)

Wednesday, March 16, 2011

::HuJan + Sarapan::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Bagaimana dengan cuaca anda pagi-pagi ini disana. Hari ini, pagi-pagi lagi hujan sudah turun dengan lebatnya.  Sudah lama rasanya hujan tidak pernah turun paga waktu pagi. Selalunya hujan turun pada waktu petang dan sering berselang seli dengan guruh dan petir.

Apabila hujan-hujan ini, hendak mandi pun terasa malas sahaja, tetapi kerana ada kuliah sekejap lagi saya gagahkan juga kaki ke bilik air. Lepas mandi apa lagi, kesejukkan la, masa inilah air panas sangat membantu. 
Jom kita minum milo dan makan dengan roti yang enak. Inilah sarapan pagi saya. 

Air milo tambah oat sikit. Sedapnya =)

Roti yang enak, sedap dimakan. 

Oklah, sementara tunggu hujan reda dan saya boleh merempit ke kuliah, saya ingin menikmati sarapan yang enak ini. Jangan lupa sarapan ye, tidak elok untuk otak tau. 

Tuesday, March 15, 2011

::Muka Baru::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya bukan buat pembedahan muka ya. Tetapi akhirnya, blog saya sudah ada 'header' sendiri. Hampir setahun blog ini tertubuh, barulah saya mempunyai kerajinan untuk membuatnya. Walaupun tidaklah secantik blogger lain, tetapi saya puas hati dengan hasilnya. 

Mungkin lepas ini, ada masa saya masih boleh buat header yang lebih baik =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...