Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 9, 2010

::Mereka MenjeLing::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Comel tak plushies di atas tu, Comel kan, sudah lama saya menunggu kedatangannya akhirnya siap juga plushies yang saya tempah ini. Jika ada yang berminat mungkin boelh melihat di blog sini. Tetapi selalu tuan punya blog mengambil tempahan ketika cuti semester sahaja. 

Saya suka sangat plushies ni kerana cute sangat siap saling menjeling gitu. Yang penting My Luvly Luv pun suka. Terima kasih Kisz. Lepas ini tido memang tak lepas la. Macam budak-budak pula, yang penting ceria-ceriakan hidup anda. =)

Wednesday, December 8, 2010

BLOG PILIHAN MALAYSIA(BPM) 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Agak lama juga saya tidak membuat entri baru untuk blog kesayangan saya ini. Hari ini tiba-tiba terasa hendak menyertai Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 ; Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah klik sini. 

Sebenarnya pada awalnya blog saya ini ditubuhkan sebagai mengisi masa lapang tetapi tiba-tiba terasa ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Entri pertama saya bermula pada 3 Jun 2010 dengan tajuk entri Inilah Permulaan. 

Baiklah, sampai disini sahaja, kepada sesiapa yang berminat, anda masih ada masa. Ini kerana tarikh untuk menyertai telah dilanjutkan sehingga hari ini 8 Disember 2010 sehingga 3 petang. 

Jom ramai-ramai bersama-sama memeriahkannya. 

Friday, December 3, 2010

::Senyum::

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya hanya ingin berkongsi lagu ini dengan semua. Saya suka sangat lagu ini, sweet sangat. My LuvLy LuV yang cadangkan lagu ini kepada saya. Layan...



'Jangan lupa senyum ye, bukan perlu membayar pun untuk senyum. Senyum itu kan sedekah.'

Thursday, December 2, 2010

::TaKut DigunTing::


Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya ingin bercerita sikit mengenai rambut. Dalam dunia ini, rambut manusia terdiri daripada macam-macam jenis, ada yang lurus, ada yang kerinting, ada yang ikal mayang, ada yang botak : opps, botak ada rambut ke? Jangan marah ya.

Saya ini bukanlah pakar penafsir yang boleh memberitahu makna disebalik rambut, tetapi saya nak berkongsi pengalaman di kedai rambut ketika saya menemani My LuvLy Luv memendekkan lagi rambutnya. Ketika sedang menunggu di sofa yang empuk yang membuatkan saya terasa hendak tido itu, tiba-tiba masuk satu keluarga ini yang membawa anak kecil mereka dalam lingkungan mungkin 8- 10 tahun. Anak lelakinya itu seperti ketakutan untuk masuk ke kedai rambut tersebut, terlintas di hati saya ini ‘Rupanya bukan adik saya seorang rupanye yang tak suka pergi kedai rambut dan menangis setelah rambut digunting’

Tidak lama selepas itu, memang betul apa yang saya sangka, budak lelaki itu membuat bising dan takut ingin digunting rambut. Saya tengok-tengok juga, mana la tahu gunting yang digunakan oleh tukang gunting itu, gunting rumput ke. Gunting biasa sahaja, mungkin apabila semakin dewasa hilanglah ketakutannya itu. Itu baru seorang pelanggan, belum lagi ditambah dengan pelanggan yang kalau boleh hendak bawa satu keluarga menggunting rambut tetapi hanya seorang yang ingin menggunting rambut.

Macam-macam perangai kan, agaknya kalau makin lama saya dikedai tersebut semakin banyak la perangai manusia yang dapat saya lihat. Boleh jadi pengkaji manusia macam ini. Sebelum saya menutup entri ini, saya ingin bertanya ‘Adakah anda mempunyai tukang gunting rambut kesukaan anda dan sanggupkah anda menunggu lama hanya untuk digunting oleh tukang gunting rambut tersebut?’

MERDEKA !



Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya telah merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ini merupakan kertas peperiksaan yang terakhir buat semester ini. Walaupun tidak sampai dua minggu, tetapi tahap tekanan peperiksaan amat tinggi.

Bak kata Kak U, ‘tak pernah-pernah jerawat muncul di dahi ni sampai macam ini sekali’. Peperiksaan pun boleh menyebabkan jerawat ye? Mungkin semuanya terpulang kepada individu, yang penting saya sudah Merdeka! Yeiiii....

Jangan ditanya keadaan semasa peperiksaan. Yang berlalu biarkan ia pergi. Yang penting, berusaha sudah, sekarang hanya perlu bertawakal agar mendapat keputusan yang elok. Amin. 

Selepas ini saya ada masa sebulan untuk bersenang-lenang membesarkan badan dirumah pula. Ada misi yang menunggu saya di rumah. Harap-harap berjaya la. Okeylah, jumpe lain kali...

‘Semoga ceria-ceria selalu’

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...