Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 7, 2010

::Dia Itu...:


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

HIPOKRIT ! Saya, kamu, mereka, semuanya hipokrit. Seseorang pernah berkata kepada saya 'Manusia di muka bumi ini merupakan pelakon, pentasnya kehidupan dan penontonnya; mereka-mereka yang berada di sekeliling iaitu saya, kamu dan mereka...'

Kenapa manusia selalu menuduh orang lain hipokrit kerana sikap mereka yang berubah, adakah mereka tidak pernah hipokrit. Cuba renung dan fikirkan, adakah sikap anda bersama ahli keluarga 100% serupa ketika anda bersama rakan-rakan. Cuba juga fikirkan, adakah anda pernah hipokrit dengan diri sendiri.

Bukankah hipokrit itu ialah berpura-pura, tidak pernahkah anda berpura-pura semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Tidak pernahkah anda berpura-pura semata-mata untuk dipandang baik atau diterima oleh orang lain, walhal anda bukanlah orang yang sebegitu. Janganlah suka menunding jari kepada sesiapa kerana satu jari kita tunding kepada orang lain, empat jari kembali semula menunding kepada kita.

Tiada niat di hati saya untuk menujukan entri ini kepada sesiapa. Hanya menyatakan pendapat sahaja. Maaf jika ada menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Friday, November 5, 2010

:::Mata itu:::


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Mata itu
Pandangan mata itu
Panahannya terus sampai ke hati
Tidak tersasar
Tepat ke situ
Tepat letaknya hatiku

Orang kata, dari mata jatuh ke hati. Saya pasti semua orang pernah bercinta. Tidak kira sama ada cinta itu terbit sebelum kahwin mahupun selepas kahwin. Masih ingatkah anda, detik ketika anda menyedari bahawa anda sudah jatuh cinta. Detik ketika hati itu berdegup kencang melihat sepasang mata yang membuatkan anda tidak senang duduk.

Setiap perkenalan pasti mempunyai kisahnya yang tersendiri. Saya mempunyai kisah saya sendiri dengan My LuvLy Luv. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi tetapi yang pasti, saya mengakui kebenaran kata-kata ini :
' Jangan Terlalu Menyayangi Seseorang,
Mungkin Kelak Kita Akan Membencinya,
Jangan Terlalu Membenci Seseorang,
Mungkin Kelak kita akan menyayanginya.'
Sejak itu, saya lebih berhati-hati dalam menilai seseorang serta tidak mudah menghakimi seseorang. Kerana belum tentu setiap apa yang kita pandang itu memberitahu perkara yang sebenar. Pandangan mata itu kadangkala boleh memberitahu kebenaran dan boleh juga mempermainkan kita.



#Kerna mata itu, aku jatuh cinta padamu

Thursday, November 4, 2010

:::aDa keseDaran:::

Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua

Sampah.. Ya, sampah. Apa definisi sampah ? Sampah adalah suatu bahan yang terbuang atau dibuang dari sumber hasil aktivitas manusia maupun proses alam yang belum memiliki nilai ekonomis. Adakah anda punya kesedaran untuk tidak membuang sampah merata-rata. Mungkin anda boleh mencontohi rakan kita ini,

Kenapa saya bercerita mengenai sampah, ini kerana semakin lama sampah semakin mengambil ruang di muka bumi ini. Saya bimbang suatu hari nanti kita terpaksa bersaing dengan sampah untuk mencari tanah sebagai lokasi kediaman.

Sudah pelbagai program seperti kempen kitar semula yang dijalankan, tetapi sudahkah masyarakat Malaysia sedar akan kepentingannya. Sendiri mau ingat ya!

SyokNye Tido...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini saya nak kongsi gambar c comey ini dulu. Kucing sepupu saya ini, pagi-pagi dah melawat rumah saya dan sambung tido pula bila tiada siapa yang nak layan. Comey kan ?

Gemok sangat...


Nak mengeliat agaknya...


Kenapa eik kaki depan macam tu...

Tuesday, November 2, 2010

Tak Nak...!!!

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

TAK NAK!!! Perkataan ini sudah sering kita dengar dan lihat samada dicorong radio, televisyen mahu iklan. Bukan sehari mahupun baru setahun kempen itu dijalankan. Sejak Februari 2009 lagi kempen ini telah dilancarkan tetapi hasilnya? Saya sedih dan marah melihatkan mereka yang tidak menyayangi diri sendiri. Bukan tiada orang disekeliling saya yang merokok. Sudah berbuih mulut ini berkata-kata. Mereka bukannya kanak-kanak yang tidak faham, yang perlukan penerangan lebih terperinci.

Di kotak-kotak rokok dan iklan di televisyen juga sudah cukup untuk menunjukkan kesan rokok kepada mereka serta orang sekeliling. Jika tiada rasa sayang pada diri sendiri, sayangilah orang sekeliling anda. Saya seringkali melihat bagaimana seorang ayah yang MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dengan merokok ketika anak yang masih kecil di dukungannya. Tidak sedarkah mereka bahawa anak mereka itu masih kecil dan baru sahaja ingin mengenal dunia. Kenapa cemari mereka dengan udara yang tidak sihat.

Tabiat merokok boleh membunuh 1 billion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 billion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Tidak cukupkah lagi dengan bahaya dan kesan yang akan diterima untuk dijadikan motivasi kepada para perokok ini berhenti merokok serta memulakan hidup yang lebih sehat. Cuba tanya kepada diri sendiri. Sedapkah rasa rokok itu sehingga tidak dapat meninggalkan ketagihan rokok itu? Jika dikira dan dihitung, apakah yang dapat dibeli dengan duit pembelian rokok tersebut setiap tahun?

Fikir-fikirlah, jika tidak menyayangi nyawa anda, sayangilah insan sekeliling anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...