Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 7, 2010

D.I.E.T...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

D.I.E.T...perkataan ini merupakan perkataan agak popular kepada golongan wanita. Tetapi betul ke, hanya perempuan yang lebih menekankan perkara ini? Pada saya, bukan setakat wanita tetapi ada juga lelaki yang mengambil berat akan hal ini.

Jika ditanya mengapa mereka mengamalkan diet bagi pemakanan mereka pasti pelbagai jawapan yang diterima. Antaranya, saya nak jaga penampilan saya, saya dah gemok, saya nak badan sihat dan macam-macam lagi lah. Namun, boleh dikatakan majoriti yang mengamalkan diet kerana hendak menurunkan berat badan.

Ermm.., tidak kisah la hendak badan sekurus mana pun tetapi yang penting perlulah sihat kan. Kadang-kadang saya lihat kerana begitu tekad untuk menguruskan badan sehingga sanggup membuat perkara drastik dan menyeksa diri sendiri. Jangan la sampai begitu sekali, bukankah kita patut menghargai apa yang ada asalkan kita masih memiliki badan yang sihat. Tidak salah untuk berdiet tetapi lakukanlah dengan cara yang betul.

Sekali-sekala rajin juga saya melaburkan sedikit wang untuk membeli majalah yang berunsur kesihatan dan memang terdapat pelbagai tips yang terkandung di dalam nya. Mungkin kepada yang hendak berdiet secara sihat memang dapat membantu. Ada juga orang sekeliling saya yang berjaya melakukan diet secara sihat dan saya tahu kenapa mereka berjaya. Mereka mempunyai Displin dan Tekad yang sangat tinggi.

Bayangkan mereka yang ingin berDiet boleh menahan diri dan nafsu makan daripada untuk menjamah nasi dalam tempoh masa yang kadangkala boleh mencecah sehingga berbulan-bulan. Entah bagaimanala agaknya sehingga begitu tekad untuk melakukannya. Kalau sayalah, sehari tak mencari nasi, memang tak lengkap hidup rasanye.

Namun itu semua bergantung kepada diri sendiri kan dan yang penting kita berbahagia dan gembira dengan apa yang kita lakukan. Bagi saya, semuanya perlukan DISPLIN yang KUAT serta TEKAD yang TINGGI.

Tuesday, October 5, 2010

:: Four-leaf clover::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Erm...Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman menulis 'limeric'. Sebenarnya bukan pandai sangat pun mengarang ni tapi kerana tugasan kelas terpaksa mencuba-cuba. 'Limeric' ni merupakan sebuah sajak yang terdiri daripada 5 baris ayat yang selalunya berunsur lucu. Tapi saya rasa sajak yang saya karang itu tidak ada unsur lucu pun.


There was a little girl who loved flower,
Who spent her day to find a four-leaf clover,
She's not lazy,
But they said she's crazy,
Upon which she found her lover.

Di atas ini lah hasil 'limeric' yang berjaya saya karang. Walaubagaimanapun, inilah first time saya menulisnya. Bila diingatkan kembali, macam-macam gaya dan cara yang dah saya lakukan untuk menghasilkan hanya 5 baris ayat ini.

Masa mengarang sajak di atas ini, saya teringat mengenai 'four-leaf clover' yang dikatakan membawa tuah. Ini kerana 'four-leaf clover' ini merupakan suatu variasi yang bukan mudah ingin ditemui berbanding'three-leaved clover'.

Menurut tradisi, jenis daun ini akan membawa nasib bertuah kepada sesiapa yang menjumpainya, terutamanya kepada mereka yang menemuinya secara kebetulan. Menurut dongeng pula, setiap daun mewakili sesuatu: daun yang pertama adalah untuk harapan, kedua ialah keyakinan, ketiga adalah untuk cinta dan daun yang keempat adalah untuk nasib.

Saya hanya berkongsi mengenai kepercayaan sesetengah orang. Tetapi janganlah pula mempercayai perkara sebegini sehingga terpesong daripada landasan yang seharusnya kita percaya. Hanya Tuhan, tempat untuk kita meletakkan keyakinan, meminta pertolongan dan berserah.

Sunday, October 3, 2010

'' TuGasaN + ShoPping"

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini 3hb oktober, saya rasa mesti ada sahaja rancangan mahupun aktiviti yang akan dilakukan pada hari minggu ni. Itu belum lagi ditambah dengan jemputan kahwin mahupun jemputan untuk keluar dating. Tapi mungkin ada juga yang bertapa di bilik seperti saya yang berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diminta oleh pensyarah. Semakin dekat tarikh penghantaran, semakin serabut kepala dan meja belajar.

Dalam keadaan sibuk menghadap tugasan ni, sempat juga saya shopping. Semenjak penjualan secara online ini semakin berleluasa, saya pun tumpang sekaki la untuk turut serta membeli secara online. Boleh rambang mata juga melihat barangan yang dijual. Membeli secara online ni pun kadang-kadang ada baiknya. Yela, kita tak perlu bersusah payah untuk keluar dan membuat tawaf satu bangunan untuk mencari barang yang hendak dibeli.

Itu belum campur lagi dengan godaan barang-barang lain. Kadang-kadang, niat dihati hendak beli baju sehelai tapi bila nak balik baru sedar dah nak penuh jari bersangkut beg plastik rupanya. Sebenarnya, jika kita pandai mengawal nafsu membeli kita, pasti tidak penuh plastik beg ditangan kita tu. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri kan. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak, keputusan ditangan anda.

Baiklah, saya nak sambung menyiapkan tugasan kuliah dulu. Chaiyok..Chaiyok..

Saturday, October 2, 2010

...WakTu Dahulu...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini tiba-tiba teringat kembali kenangan di zaman kecik-kecik dulu. Yelah, dah asyik membaca buku kanak-kanak demi untuk menyelesaikan assignment kelas, terkenang la sekejap...macam dalam filem tu 'flash back' kejap.

Kadang-kadang, ada juga terasa nak kembali ke zaman kanak-kanak yang riang gumbira. Tetapi itu semua mustahil, umur semakin meningkat dan kita semakin bergerak ke hadapan dan bukannya ke belakang mahupun boleh melompat ke umur berapa yang kita suka.

Saya ingat lagi, dulu setiap petang saya bersama beberapa orang rakan akan berjumpa dan mulalah buat rancangan nak main apa. Kadang-kadang permainan yang kami main ikut musim lak tu. Sekejap musim main galah panjang, sekejap musim lompat getah, batu seremban la, lepas tu musim pondok-pondok lak. Memang fun sangat masa tu, lagi-lagi bile bermain ramai-ramai.

Tapi yang paling tak leh tahan, antara kami buat pertandingan tu. Kami pernah buat pertandingan menyanyi, pertandingan pop quiz dan macam-macam lagi la. Tapi part yang best nya, kami lah penganjur, kami lah peserta dan kami juga pemenang nya. Masa tu memang tak fikir apa-apa pun, yang penting seronok.

Tetapi semakin meningkat usia, aktiviti tu pun berkubur. Yela, masing-masing dah jadi anak dara, mana nak kuar rumah sangat. Tapi semua kenangan tu memang tidak akan saya lupakan. Permainan tradisional inilah yang banyak mengisi zaman kanak-kanak saya dulu

Namun sekarang, semuanya berubah, kanak-kanak sekarang begitu asyik dengan kecanggihan permainan moden hingga tiada masa untu bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang, ibu bapa juga terlalu menyusun aktiviti anak-anak mereka dengan tusyen itu dan tusyen ini sehinggakan waktu berehat mereka diisi dengan cerita di televisyen mahupun permainan komputer sahaja. Bagi saya, ruginya mereka.

Walaubagaimanapun, saya gembira dengan kenangan saya ketika kecil dulu. Agaknya apalah rakan-rakan sepermainan saya tengah buat sekarang ni ye. Rindu pula rasanya...

'Selamat Bergumbira di Hari Minggu'

Friday, October 1, 2010

++Kami Tetap Bersama++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini 1 October...Tarikh yang membawa seribu satu makna kepada saya sehingga hari ini. Kadangkala kita perlu berani untuk memberi peluang kepada diri kita dan juga diri orang lain. Kerana satu peluang yang akan membawa rasa suka dan duka dalam kehidupan ini. Jangan takut untuk mengambil satu langkah maju kehadapan kerana kita tidak tahu apa yang berada di hadapan kita.

Hari ini, saya gembira...saya bahagia dengan kehadirannya dalam hidup ini. Tempoh kami bersama boleh ditakrifkan dengan pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan suatu tempoh yang lama dan ada juga yang mengatakan ia suatu tempoh yang singkat. Apa jua yang orang lain katakan, saya hanya boleh katakan bahawa saya menghargai setiap hari yang kami lalui dan tempuhi.

Senang untuk mencipta kebahagiaan dan senang juga untuk mencipta masalah, tetapi itu semua bergantung kepada diri sendiri untuk menanganinya. Buat masa ini, pelbagai rintangan yang telah kami lalui dan alhamdulillah kami masih mampu menyelesaikannya.

Saya berterima kasih kerana My LuvLy Luv hadir dalam hidup saya dan bersama-sama mewarnai hidup ini. Saya tahu perjalanan kami masih panjang, tetapi saya ingin menghargai setiap masa yang ada bersamanya. Saya tidak ingin menyesal dan tidak ingin sesekali berkata 'Kalaulah aku buat begitu....'

My Luvly Luv,
Saya sayangkan Kamu,
Selamat Hari Ulang Tahun Sayang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...