Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 3, 2010

'' TuGasaN + ShoPping"

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini 3hb oktober, saya rasa mesti ada sahaja rancangan mahupun aktiviti yang akan dilakukan pada hari minggu ni. Itu belum lagi ditambah dengan jemputan kahwin mahupun jemputan untuk keluar dating. Tapi mungkin ada juga yang bertapa di bilik seperti saya yang berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diminta oleh pensyarah. Semakin dekat tarikh penghantaran, semakin serabut kepala dan meja belajar.

Dalam keadaan sibuk menghadap tugasan ni, sempat juga saya shopping. Semenjak penjualan secara online ini semakin berleluasa, saya pun tumpang sekaki la untuk turut serta membeli secara online. Boleh rambang mata juga melihat barangan yang dijual. Membeli secara online ni pun kadang-kadang ada baiknya. Yela, kita tak perlu bersusah payah untuk keluar dan membuat tawaf satu bangunan untuk mencari barang yang hendak dibeli.

Itu belum campur lagi dengan godaan barang-barang lain. Kadang-kadang, niat dihati hendak beli baju sehelai tapi bila nak balik baru sedar dah nak penuh jari bersangkut beg plastik rupanya. Sebenarnya, jika kita pandai mengawal nafsu membeli kita, pasti tidak penuh plastik beg ditangan kita tu. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri kan. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak, keputusan ditangan anda.

Baiklah, saya nak sambung menyiapkan tugasan kuliah dulu. Chaiyok..Chaiyok..

Saturday, October 2, 2010

...WakTu Dahulu...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini tiba-tiba teringat kembali kenangan di zaman kecik-kecik dulu. Yelah, dah asyik membaca buku kanak-kanak demi untuk menyelesaikan assignment kelas, terkenang la sekejap...macam dalam filem tu 'flash back' kejap.

Kadang-kadang, ada juga terasa nak kembali ke zaman kanak-kanak yang riang gumbira. Tetapi itu semua mustahil, umur semakin meningkat dan kita semakin bergerak ke hadapan dan bukannya ke belakang mahupun boleh melompat ke umur berapa yang kita suka.

Saya ingat lagi, dulu setiap petang saya bersama beberapa orang rakan akan berjumpa dan mulalah buat rancangan nak main apa. Kadang-kadang permainan yang kami main ikut musim lak tu. Sekejap musim main galah panjang, sekejap musim lompat getah, batu seremban la, lepas tu musim pondok-pondok lak. Memang fun sangat masa tu, lagi-lagi bile bermain ramai-ramai.

Tapi yang paling tak leh tahan, antara kami buat pertandingan tu. Kami pernah buat pertandingan menyanyi, pertandingan pop quiz dan macam-macam lagi la. Tapi part yang best nya, kami lah penganjur, kami lah peserta dan kami juga pemenang nya. Masa tu memang tak fikir apa-apa pun, yang penting seronok.

Tetapi semakin meningkat usia, aktiviti tu pun berkubur. Yela, masing-masing dah jadi anak dara, mana nak kuar rumah sangat. Tapi semua kenangan tu memang tidak akan saya lupakan. Permainan tradisional inilah yang banyak mengisi zaman kanak-kanak saya dulu

Namun sekarang, semuanya berubah, kanak-kanak sekarang begitu asyik dengan kecanggihan permainan moden hingga tiada masa untu bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang, ibu bapa juga terlalu menyusun aktiviti anak-anak mereka dengan tusyen itu dan tusyen ini sehinggakan waktu berehat mereka diisi dengan cerita di televisyen mahupun permainan komputer sahaja. Bagi saya, ruginya mereka.

Walaubagaimanapun, saya gembira dengan kenangan saya ketika kecil dulu. Agaknya apalah rakan-rakan sepermainan saya tengah buat sekarang ni ye. Rindu pula rasanya...

'Selamat Bergumbira di Hari Minggu'

Friday, October 1, 2010

++Kami Tetap Bersama++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini 1 October...Tarikh yang membawa seribu satu makna kepada saya sehingga hari ini. Kadangkala kita perlu berani untuk memberi peluang kepada diri kita dan juga diri orang lain. Kerana satu peluang yang akan membawa rasa suka dan duka dalam kehidupan ini. Jangan takut untuk mengambil satu langkah maju kehadapan kerana kita tidak tahu apa yang berada di hadapan kita.

Hari ini, saya gembira...saya bahagia dengan kehadirannya dalam hidup ini. Tempoh kami bersama boleh ditakrifkan dengan pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan suatu tempoh yang lama dan ada juga yang mengatakan ia suatu tempoh yang singkat. Apa jua yang orang lain katakan, saya hanya boleh katakan bahawa saya menghargai setiap hari yang kami lalui dan tempuhi.

Senang untuk mencipta kebahagiaan dan senang juga untuk mencipta masalah, tetapi itu semua bergantung kepada diri sendiri untuk menanganinya. Buat masa ini, pelbagai rintangan yang telah kami lalui dan alhamdulillah kami masih mampu menyelesaikannya.

Saya berterima kasih kerana My LuvLy Luv hadir dalam hidup saya dan bersama-sama mewarnai hidup ini. Saya tahu perjalanan kami masih panjang, tetapi saya ingin menghargai setiap masa yang ada bersamanya. Saya tidak ingin menyesal dan tidak ingin sesekali berkata 'Kalaulah aku buat begitu....'

My Luvly Luv,
Saya sayangkan Kamu,
Selamat Hari Ulang Tahun Sayang....

Wednesday, September 29, 2010

++ ImPian ++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Saya yakin setiap insan pasti mempunyai impian masing-masing. Sejak kecil impian itu telah tercipta walaupun sudah berapa ribu kali ia bertukar ganti. Boleh saya katakan bahawa impian itu merupakan motivasi untuk diri saya.

Saya mempunyai impian. Banyak yang saya impikan dalam hidup dan sedikit demi sedikit impian itu sudah terlaksana. Tapi saya tidak akan berhenti membina impian. Walau setiap langkah untuk merealisasikan impian itu terdapat beribu halangannya.

Saya pernah jatuh ketika berlari untuk menggapai suatu impian itu, tapi saya bertatih dan melangkah perlahan-lahan supaya impian itu tidak terkubur disitu. Kadangkala impian itu akan melibatkan orang disamping kita dan kadangkala hanya usaha diri sendiri yang akan menjadikan impian itu suatu kenyataan.

Janganlah berhenti untuk bermimpi dan mebina impian, kerana tanpanya kita akan berhenti untuk maju dalam kehidupan.


*My Luvly LuV, adakah impian kita akan terlaksana.....

Thursday, September 23, 2010

'Selamat Hari Raya'


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Dah lama sangat tak update blog ni. Sampaikan nak wish 'Selamat Hari Raya' pun tak sempat. Dah Syawal ke 14 pun baru sempat nak ucapkan 'Selamat Hari Raya'. Lama sangat cuti raya ni sampaikan bile dah masuk belajar balik, mula la cari buku dan kelam kabut nak siapkan assignment.

Agaknya kalau cuti sebulan untuk raye memang sebulan la buku tu bertapa dalam beg agaknya. Walaubagaimanapun saya rasa masih belum terlambat untuk saya memohon maaf jika ada mengguris atau menyakiti hati sesiapa. Mohon diampunkan segala salah dan silap.

'Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin'



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...