Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

::Selamat Hari Ibu::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah agak lama tiada coretan dan luahan yang ditinggalkan di teratak saya ini kerana tuntutan sebagai pelajar. Esok merupakan kertas terakhir untuk saya setelah 3 tahun bertungkus lumus menjalani hidup sebagai pelajar. 

Setelah lama menyepi, hari ini saya kembali menulis dengan membuat entri khas hanya untuk kekasih hati saya yang sentiasa disayangi iaitu Ibu. 'Selamat Hari Ibu'. 

Ibu, Selamat Hari Ibu. Ibu, Terima Kasih Ibu. Ibu, Terima kasih kerana tidak pernah jemu dan cukup sabar dalam membesarkan anakmu ini. Walau penat, ibu tidak pernah tidak memenuhi permintaan anakmu ini. Kasih ibu tinggi tidak terhingga, bagaikan tiada penghujung untuk kami adik beradik. Terima Kasih untuk segalanya. Ibu adalah ibu yang terbaik buat kami dan yang disayangi untuk selamanya.

Sempena hari ibu ini, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, berilah penghargaan dan buatlah mereka rasa mereka disayangi. Sementara mereka masih ada, hargailah. Sementara masih ada yang menyahut panggilan anda apabila memanggil nama ibu, emak, mama atau apa saja panggilan yang anda gunakan, berilah mereka penghargaan. Jika diukur jasa ibu kepada kita, memang kita sebagai anak, tidak akan dapat membayarnya walau dengan apa sekalipun. 

Walaupun seorang ibu itu harus dihargai setiap hari dan bukan hanya hari tertentu. Tetapi, mungkin sempena hari ibu ini, sesuatu yang istimewa dapat dilakukan oleh kita sebagai anak. Saya pernah terbaca, cinta dan kasih sayang tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Oleh itu, renungkanlah, perbetulkan jika ada kesilapan dan berbahagialah bersama mereka sementara ada waktu. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dimasa hadapan. =)

sayang ibu =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...